Terkini  Popular    Mula Topik

Irc: Kami Bantah....

2005-02-22 14:37:11
IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Benarkah wujud tekanan politik ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Haji Ramli Endut dalam kes Jeslina Hashim? Persoalan ini makin hangat apabila beliau dilaporkan bersara lebih awal pada hari ini dengan mengadakan majlis perpisahan.

Jawi dilaporkan mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraannya di pejabat beliau pagi tadi.
Bagaimanapun timbul desas-desus di kalangan kakitangan dan orang ramai yang mempertikaikan soal persaraan Ramli yang dilihat seperti ada usaha memberi tekanan kepada beliau untuk bersara lebih awal.

Menurut sumber, Ramli sepatutnya bersara pada 21 Mac ini dan bukannya pada hari ini.

Ini berikutan isu pembatalan dakwaan ke atas pelakon, Jeslina Hashim dan rakan-rakannya yang ditahan penguatkuasa Jawi pada 13 Januari lalu di Kelab Malam The Zouk.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad, pada 15 Februari 2005, Jawi telah mengeluarkan kenyataan membatalkan saman ke atas Jeslina berikutan arahan daripada pihak Kabinet.

Bagaimanapun katanya lagi, keputusan itu dibuat sehari sebelum kabinet bermesyuarat.

"Ini menunjukkan sebenarnya ada tekanan yang dikenakan ke atas Ramli atau Jawi dalam meneruskan dakwaan mereka terhadap pelaku maksiat itu,"tegas Idris.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang medianya di Harakah sebentar tadi selepas kunjungan rasminya ke Unit Editorial Harakah.

Kata beliau, menurut sumber dari kakitangan Jawi, selepas beberapa jam Jeslina dan beberapa anak kenamaan ditahan di The Zouk, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil telah menelefon pihak Jawi.

Tambahnya, Shahrizat telah memaki-hamun penguatkuasa Jawi seawal waktu Subuh pada hari kejadian berikutan tindakan penguatkuasa Jawi menahan Jeslina dan rakan-rakanya.

Beliau kesal dengan insiden itu dan menyifatkan antara punca yang mungkin sekali mengakibatkan Ramli berhenti lebih awal ialah tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Dewan Pemuda PAS seterusnya mengecam tindakan itu dan mencabar kepimpinan negara yang lantang menyebut konsep Islam Hadhari supaya memperjelaskan kemaslahatan yang berlaku.

Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang dihubungi berkata, majlis yang diadakan pagi tadi dihadiri lebih 1000 jemputan di kalangan orang kenamaan dan awam.

Ujarnya, beliau kesal Ramli sendiri berhenti dalam keadaan Jawi dimalukan oleh pelaku-pelaku maksiat yang mendapat perlindungan kerajaan.

"Saya malu, kerana tekanan politik Jawi terpaksa beralah kepada pelaku maksiat yang terang-terangan menghina perundangan Islam,"kata beliau yang enggan namanya disiarkan. - mks.


Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my