Terkini  Popular    Mula Topik

Salam Aidil Adha

2005-01-20 16:21:33
Oleh
nia
Mari mengimbau sejarah pengorbanan hamba kpd Tuannya....

Diriwayatkan, pasangan baginda Nabi Ibrahim & Sarah telah dikurniakan
seorang hamba perempuan bernama Hajar sebagai balasan kerana kemampuan
Sarah mengubat penyakit kulit Raja Mesir. Mereka kemudian dibenarkan bebas
ke mana saja dalam bumi Mesir dan membawa Hajar bersama-sama.

Adapun pasangan Nabi Ibrahim & Sarah adalah sudah tua akan tetapi masih
tidak mepunyai cahaya mata. Sebagai hamba, Hajar bebas untuk digauli oleh
Nabi Ibrahim. Ditakdirkan Allah, mengandunglah Hajar. Perkara ini
mengundang nestapa di dalam hati Sarah. Dia khuatir kasih Nabi Ibrahim akan
lebih tertumpu kepada hambanya yang sudah mengandung itu.

Dan dengan kuasa Allah, mengandunglah pula Sarah tidak lama selepas Hajar
hamil. Bukan kepalang kegembiraan Nabi Ibrahim. Akan tetapi kehamilannya
memberikan Sarah peluang untuk 'merampas' kembali Nabi Ibrahim.

Maka kedua-dua wanita ini pun melahirkan anak mereka. Anak dari Hajar
dinamakan Ismail manakala dari Sarah dinamakan Ishaq. Sarah dapat melihat
Nabi Ibrahim lebih kasih akan Ismail. Maka suatu hari, dia meminta Nabi
Ibrahim menyingkirkan Hajar dan anaknya dari rumah mereka. Alasannya dia
tidak mahu anaknya nanti (Ishaq) bergaulan dengan turunan hamba.

Maka turunlah perintah Allah supaya Ibrahim menghantar Hajar & anaknya ke
suatu tempat yang tandus. Berat hati Nabi Ibrahim mendengar perintah itu.
Maka Allah memberi jaminan bahawa Hajar dan Ismail akan diberi perlindungan
kerana mereka tetap ahli keluarganya.

Dengan sedikit bekalan, Nabi Ibrahim dengan sedih meninggalkan kedua-dua
anak beranak itu di tempat yang diperintahkanNya. Kerana imannya yang kukuh
terhadap Allah, redhalah akan Hajar dengan apa yang berlaku. Maka duduklah
Hajar di suatu tempat sambil menghilangkan lelah & memakan bekalannya
berdikit-dikit.

Suatu ketika, bekalannya pun kering. Tatkala itu menangislah Ismail
kehausan. Hajar sendiri telah kekeringan susu untuk disuapkan kepada
anaknya. Maka dilihatnya di kejauhan terdapat seperti sebuah kolam. Maka
berlari-lari anaklah dia ke kolam tersebut. Apabila sampai, didapati hanya
tenah yang gersang. Bila di menoleh ke Ismail, dilihatnya ada sebuah kolam
lagi. Maka sekali lagi berlarilah dia ke arah kolam tersebut tetapi seperti
tadi, ia hanyalah tanah yang tandus. Perbuatan ini diulang-ulang sebanyak 7
kali (sa'ie).

Nabi Ismail yang kehausan lantas menghentak kaki ke tanah dan dengan kuasa
Allah, terpancutlah air dari bekas tumitnya itu. Ada riwayat yang
mengatakan malaikat Jibrail turun & menginjak ibu jari kakinya ke tempat
tersebut. Dengan air yang memancut itu (dipanggail telaga Zamzam), maka
selamatlah Hajar & Ismail dari kehausan dan kelaparan...

Behampiran tempat Hajar dan Ismail ditinggalkan, terdapat satu kabilah yang
hidup secara nomad & sering berpindah mencari kawasan yang lebih subur atau
mempunyai bekalan air yang tetap sepanjang tahun. Dengan limpahan air yang
keluar dari telaga Zamzam itu menyebabkan sekumpulan burung berlegaran di
atasnya. Ketua kabilah nomad ini menyedari kelakuan burung tersebut lantas
mengarahkan pengikut-pengikutnya berkemas dan segera berangkat ke telaga
tersebut.

Sesampai di sana, mereka terlihat sebuat telaga yang mengeluarkan air
dengan banyak dan 2 beranak yang kesepian. Kabilah itu bersetuju untuk
menetap di situ. Kemudian mereka telah membina sebuah khemah untuk Hajar &
Ismail sebagai penghargaan kerana mereka berdua yang menjumpai kawasan itu
dahulu.

Dengan kejadian itu, tertunailah janji Allah kepada baginda Nabi Ibrahim
untuk memelihara Hajar dan anaknya...


Nabi Ismail pun membesarlah di dalam kelompok kabilah yang telah mengambil
keputusan untuk menetap di bumi tandus itu...
Suatu hari, Nabi Ibrahim telah menerima wahyu untuk mengorbanankan anak
kesayangannya sebagai tanda patuh kepada Allah. Nabi Ibrahim tak mampu
menipu dirinya bahawa Nabi Ismail yang lebih dicintai & dikasihi di antara
2 anaknya. Maka berangkatlah Nabi Ibrahim ke Mekah menemui Nabi Ismail.
Bagindapun berkata kepada anak kesayangnnya itu: "Wahai anakku, aku telah
bermimpi menyembelihmu sebagai tanda patuh kepada Allah...". Lantas
disambut segera oleh Nabi Ismail: "Wahai Ayah. Dikau adalah rasul Allah.
Mimpimu adalah wahyu. Maka laksanakanlah."
Maka bercucuranlah airmata Nabi Ibrahim mendengar kata anaknya itu. Dengan
hati yang walang, bagindapun membawa anaknya ke sebuah bukit untuk
dikorbankan...
Dipertengahan jalan, telah datang syaitan kepada Nabi Ismail seraya
berkata: "Wahai Ismail! Ayahmu ingin menyembelihmu kerana kasihnya kepada
saudaramu Ishaq. Lekaslah kau lari sementara masa masih ada". Nabi Ismail
tahu itu hanya godaan syaitan. Maka diambilnya 3 biji batu dan dibalingkan
ke arah syaitan. Berlalulah syaitan tersebut.
Di pertengahan jalan, muncul pula seekor lagi syaitan. Berkata ia: "Wahai
Ismail! Kau dikorbankan bukan kerana Allah tetapi kerana menurut kata ibu
tirimu. Dia takkan senang selagi kau masih hidup. Lekaslah kau lari
sementara masih ada masa". Dan sekali lagi, Nabi Ismail mengutip 3 biji
batu dan dilontarkan ke arah syaitan tersebut.
Buat kali ketiganya, muncul seekor lagi syaitan. Berkata ia: "Wahai Ismail!
Ayahmu bimbang kau mengambil tempatnya sebagai Nabi. Dia mempunyai iri hati
yang sangat dalam. Larilah dikau sementara kau masih punya waktu". Dan
untuk kesekian kalinya, syaitan itu berlalu selepas dilontar dengan batu
(jamrah).
Sesampai di bukit tersebut, berkatalah Nabi Ismail, "Wahai Ayah, aku tidak
akan melawan. Tetapi kau ikatkan kaki dan tanganku supaya hatimu tidak
sedih melihat aku menggelitik di akhir hayatku". Nabi Ibrahim menurut
dengan hati yang sedih. Tatkala Nabi Ibrahim mengangkat pedangnya, terlihat
wajah kehampaan pada raut Nabi Ibrahim. Berkata Nabi Ismail, " Duhai Ayah!
Untuk tidak kau berasa kasihan, kau selubungkanlah wajahku".
"Ayah, asahlah pedangmu agar kurang penderitaanku ketika kau
menyembelihku." Maka menitiklah air mata Nabi Ibrahim mendengar kata anak
kesayangannya itu. Setelah pedangnya cukup tajam, lalu baginda pun
meletakkannya pada leher Nabi Ismail. Dengan kuasa Allah, pedang tersebut
menjadi tumpul. Lalu diasahnya sekali lagi tetapi apabila dilalukan pada
leher Nabi Ismail, ia menjadi tumpul semula.
Nabi Ibrahim tahu suatu mukjizat akan berlaku. Baginda mengasah sekali lagi
pedangnya. Tajam pedangnya itu, kalau dilalukan kain, pastinya akan putus
dua kain tersebut. Lalu dengan lafaz BismiLlah, sambil memejamkan mata,
baginda menghiris pedangnya ke leher Nabi Ismail. Terasa akannya pedang
tersebut menusuk ke dalam daging. Perlahan-lahan airmatanya menitis.
Kemudian apabila baginda membuka mata, yang dilihat di hadapannya adalah
seekor qibas. Manakala Nabi Ismail berada di sebelahnya tersenyum (ibadah
qurban).
"Telah turun Jibrail melepaskan aku dan meletakkan qibas sebagai ganti.
Allah tidak akan begitu zalim. Sesungguhnya ini adalah ujian untuk kita
berdua". Maka berpelukanlah kedua beranak itu lantas sujud mengucapkan
syukur atas limpahan rahmatNya...
Sahabatku, mulianya hati Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anak
kesayangannya dan Nabi Ismail, sanggup dikorbankan semata-mata kerana
Allah. Mereka memandang perintah Allah lebih mulia & penting dari
segala-galanya. Bandingkanlah dengan kita hari ini. Jangankan hendak
mengorbankan anak, malah anak itu yang menyebabkan kita jauh dari Allah.
Kerana hendak membahagiakan anak, kita bekerja begitu kuat hingga
mengurangkan masa kita untuk beribadah. Semoga kisah ini memberikan kita
iktibar...
Wallhu'alam...



Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my