Terkini  Popular    Mula Topik

Pengalaman Mangsa Tsunami...

2005-01-11 15:39:53
Hari ini ana jadi agen majalah terkemuka Asia, Asian Wall Street Journal.
Apa tidaknya?

Ana mengatur tiga (3) temubual mangsa tsunami di Pulau Pinang untuk artikel AWSJ berkisar dalam tajuk "Tsunami In The Pespektif of Religion and
Spiritual". Ana menemubual salah se buah sekeluarga mangsa tsunami di Tanjung Bungah, sdr Mapis bin Jais dan Pn Hammiah. Kita ambil peluang ini untuk mengenengahkan Islam melalui majalah ini. Sepatutnya mereka datang ke
sini, tapi dalam tak kesempatan masa dan kecanggihan peralatan, ahli JIM mampu untuk memanafaatkan keadaan ini untuk dakwah.

Mesejnya ialah, kesemua mangsa mendapati satu pengajaran bahawa tsunami adalah dari Tuhan yang mana manusia perlu ambil penajaran. Ia kejadian luar biasa. Manusia perlu kembali kepada ajaran Islam dan Tuhan.

Pak Cik Mat Yusoff bin Kasa seorang nelayan selama 30 tahun bersama isterinya Pn Zainab Wanchik tinggal di Kg Masjid Terapong, Tg Bungah
telah menjadi salah seorang dari ribuan mangsa tsunami dan menganggap bencana ini satu pengajaran dari Tuhan untuknya.

Di pagi 26hb Pak Cik semasa di laut, 500m dari pantai Tg Bungah, berseorangan di dalam sebuah sampan 16 kaki panjang, jalanya mendapat habuan ikan sembilang yang bersaiz besar. Kebiasaanya beliau hanya mendapat 2-3kg sahaja, tapi pagi tersebut dalam masa 2-jam menjala, beliau mendapat 14-15kg di dalam sampan dan 30kg masih di jala. Beliau semacam tak percaya, seolah-olah macam ada satu alamat, sesuatu akan berlaku. Oleh kerana ikan terlalu banyak, beliau memutuskan jala yang berikan tersebut dan hanya membawa pulang 15kg ikan yang telah ada di sampan. Beliau hanya
menyerahkan ikan tersebut pada pembeli ikan tanpa mahu menerima wang jualan. Bahu kiri
beliau terasa amat sakit memikul ikan tersebut. Kerana kesakitan beliau berehat.

Di pagi itu juga, anak beliau, Mohd Zainuddin 8 tahun, mengail ikan di pergigian air bersama rakan-akan yang lain. Sekitar 1.20 tengahari,beliau
nampak ombak putih cukup besar dan panjang menghampiri pantai. Di atas ombak tersebut Zainuddin nampak ada semacam 'hantu' besar berekor.Beliau berlari takut mendapatkan ayahnya yang sedang sakit bahu di rumah. Ayahnya
tidak terdaya nak bangun, tetapi atas desakkan Zainuddin beliau bergegas bangun dan keluar. Amat terperanjat, beliau melihat air ombak kali ke
dua telah menghampiri dan menyerang kampong mereka. Ombak besar bergulung-gulung tersebut telah mengelilingi dua masjid yang tersergam
di situ, masjid baru terapong dan masjid lama terapong. Kak Zainab tidak ada di rumah ketika itu kerana menghadiri persiapan "Pertandingan Ratu
Cantik Pesta" untuk anakanda putri beliau.

Ranaplah kesemua 20 buah rumah di situ, termasuk rumah Pak Yusoff.

Kak Zainab merasakan bahawa tsunami mengajar mereka, kerana mereka telah lalai. Apa tidaknya, walaupun masjid tersergam bersebelahan rumah
mereka,mereka jarang pergi bersolat di masjid tersebut, walaupun mendengar kesemua
azan yang dilaungkan. Tambahan pula, anak perempuan mereka pada malam tersebut sepatutunya menghadiri pertandingan ratu cantik Pesta Pulau Pinang. Impian memasuki pertandingan akhir ratu ranap sama sekali. Ini juga
merupakan pengajaran bagi keluarga mereka kerana mengutamakan kemegahan sosial dan tidak mematuhi larangan agama dalam pertandingan ratu cantik tersebut.

Satu pertanda kebesaran Tuhan ialah ke dua-dua masjid tersebut tidak ranap,walaupun dilanggar ombak. Kata Kak Zainab "Masjid tersebut telah
menyelamatkan rumah-rumah kami dari bencana yang lebih dahsyat". Yang peliknya lantai masjid tersebut tidak sedikit pun musnah. Allah-hu-akbar.

Yang paling cantik ialah, 'timing' yang tepat pada masanya pemberian sumbangan JIM (Sejadah, Telekong, Kain Palekat, Kain Batik, Kupiah)
yang kata mereka "Inilah yang mereka amat harap-harapkan untuk kembali bersembahyang dan beribadah kepada Allah".

Semoga bermanafaat.

Wassalam,
HjRashid


kopyyyyyyyyyyyy peeeeeeeeeeehit

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my