Terkini  Popular    Mula Topik

Renungan

2004-12-12 13:53:54
Oleh
In_Dera
Puji-pujian hanyalah milik Allah subhanahu wa ta`ala, Tuhan semesta alam. Salawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad, Rasulullah SAW beserta para ahlul bait dan sahabat sahabat baginda sekelian.

Amma ba'du.
Sebuah hadis Rasulullah SAW menyebut "akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam)sebagaimana orang mempelawa satu sama lain untuk menjamah hidangan makanan". Seorang sahabat bertanya "apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab "bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ibarat buih di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakan dalam hati kamu penyakit Al-wahn". Seorang sahabat bertanya pulak " Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu" Jawab Rasulullah "cinta dunia dan takut mati".


Umat islam didunia mutakhir ini bergitu tercabar pegangan dan pengamalan agama mereka, Dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, kedudukan ummah terpelosok jauh di tahab anak tangga yang terbawah sekali. kezaliman dan penindasan atas mereka yang dipelopori dan ditaja oleh puak Yahudi dan Nasrani begitu lengkap, sistematik dan berkesan. Melalui ledakan propaganda yang dikawal rapi oleh gulungan ini, umat Islam secara terang maupun halus telah dilebelkan sebagai anti kemajuan, penganiaya wanita, jumud, pengganas, fanatik dan berbagai tanggapan yang bergitu mengaibkan dan mencabuli maruah. Rata-rata umat Islam pada hari ini kebingungan, patah semangat, hilang arah tuju serta mengalami krisis keyakinan yang bergitu tenat. Apa yang paling menyedihkan sebahgian dari mereka rapuh akidah , yang tidak berikhtiar untuk menguatkan iman dan amal dalam menangani situasi yang pincang ini malahan ada yang tidak segan silu berdebat sesama sendiri walhal datangnya dari satu ugama..Islam !


Firman Allah SWT " Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak suka kepadamu kecuali kalau kamu turut agama mereka. katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar petunjuk. Demi, jika kamu turut kemahuan mereka, setelah mendapat pengetahuan, tak adalah bagimu wali dan penolong dari siksaan Allah ". (Al-Bagarah:120)


Dengan sempurnanya pencerobohan dan pencabulan keatas maruah umat islam sedunia menimbulkan beberapa persoalan. Antaranya, mengapa krisis yang melanda ummah pada hari ini bergitu tenat sekali sehingga dilihat seperti tiada ruang langsung untuk menebus kembali maruah mereka? Bilakah tragedi ini akan berakhir? Adakah sinar Islam akan terus malap dan akhirnya lenyap terus, sedangkan ini tidak kena pada hakikat bahawa Agama Islamlah satu-satunya agama yang hak disisi Allah SWT, Maha pencipta sekelian alam ini !? Hakikatnya, pengalaman pahit yang melanda umat Islam pada hari ini tidaklah unik, malahan ianya hanya merupakan salah satu dari kitaran-kitaran sejarah jatuh bangunya umat Islam. contohnya dalam peristiwa perang salib yang dilancarkan oleh kaum kristian Eropah Barat diabad 11-13 masihi di Timut Tengah. Umat Islam juga pernah disembelih secara besar besaran oleh tentera monggol pimpinan Hulagu di Baghdad, iraq dalam tahun 1258 Masihi .Dalam sebarang peristiwa musibah yang melanda ummah, dua pekara harus diberi peringatan. Petamanya era kejatuhan umat Islam sebenarnya adalah akibat yang berpunca dari tangan-tangan mereka sendiri yang terlebih dahulu telah mencabuli serta mencabar hukum-hukum Allah SWT apabila mendapat kenikmatan duniawi yang dikurniakan ketas mereka. Kenikmatan duniawi ini adalah Anugerah Allah SWT hasil dari keringat, airmata dan darah yang mengalir dari perjuangan nenak moyang umat islam, iaitu dari generasi-generasi yang terdahulu dari mereka, dalam usaha gigih memperkenal, menegak, menyebar dan mempertahankan syiar Islam dengan penuh redha dan keikhlasan sehingga mendapat kejayaan.Apabila Allah SWT menganugerahkan kurniaNya dalam bentuk kepimpinan dunia dan keberkatan harta benda atas jerih payah generasi-generas awallun ini dalam mendaulatkan syiar Islam, malangnya generasi-generasi kemudian yang menikmati hasil perjuangan nenek moyang mereka secara peringat demi peringat mulai alpa, malas, terpesona dan leka dalam kesenangan dan kesibukan duniawi.


Sesungguhnya pelanduk selalu lupakan jerat tapi jerat,tak pernah melupakan pelanduk, akhirnya kenikmatan duniawi menjadikan mereka sombong dan takabbur, tunduk kepada tuntutan hawa nafsu maka kewajiban Amar Maaruf Wa Nahi Mungkar yang selama ini menjadi benteng pertahanan ummah mulai tidak diambil berat lagi akhirnya apabila kejahatan mengatasi kebaikan secara kolektif dalam masyarakat Islam itu maka Allah menghantar musibah sebagai suatu bentuk 'kaffarah' bagi umat Islam kerana Dia mahu menyedarkan serta membasuh dosa hamba hambanya yang terlanjur itu.Keduanya Allah tetap akan memelihara agamaNya.


Firman Allah SWT "Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan atasmu akan nikmatKu dan Aku redha Islam menjadi agamamu'Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkan agama itu atas sekelian agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya" (Ash-shaf:9)


Dalam konteks ini, apabila umat islam telah disucikan dosa dosa mereka, diterima taubat mereka, maka mengikut sunatullah, Allah sendiri dengan segala rahmat dan rahimNya akan mengembalikan semula maruah dan kedaulatan umat islam ditempatnya yang hak.Musibah besar yang melanda umat islam dalam perang salib merupakan satu contoh 'penyucian dosa dosa ummah' . Perang salib merupakan komplot kaum kristian untuk menghancurkan sinar Islam dimuka bumi dan meletakkan pemerintah mereka sebagi galang gantinya namun Allah SWT akhirnya menghantar Sultan Salahuddin Al Ayyubi untuk menerajui jihat Islam dengan mendapat kejayaan dan membebaskan semula kota suci Baitul Maqdis dari genggaman kaum kristian.Satu lagi peristiwa bala besar ialah penyembelihan umat Islam secara besar besaranoleh tentera monggol dimana pusat khalifah ummah di baghdad telah dijajah habis habisan. Namun disebalik tragedi ini tersembunyi hikmat besar dimana muncul mubaligh-mubaligh agama secara besar besaran dari jazirah arab khususnya golongan ahlul-bait Rasulullah SAW kealam nusantara membawa bersama tauhid dan kehidupan masyarakat madani ke Champa, Selatan Thailand, Filipina, Brunei, Sumatera, Indonesia, kepulauan kepulauan Melayu dan semenanjung Tanah Melayu sendiri.Selain itu, peristiwa penjajahan Baghdad juga kemudianya telah muncul suatu dinasti Islam yang tegak berdiri selama beberapa tahun iaitu Daulah Othmaniyyah mengambil tanggung jawab menjadi pusat kekalifahan umat Islam sedunia dan dianggap sebagi simbol kesatuan, kekuatan serta kebanggaan ummah dalam waktu yang panjang sehinggalah dijatuhkan oleh kuasa-kuasa barat dalam perang dunia pertama diawal abad ke 20 Masihi.


Kini satu lagi kitaran sejarah umat Islam telah bermula, iaitu semenjak peristiwa kejatuhan Dinasti Othmaniyyah dan beberapa peristiwa pencerobohan lainnya yang melanda ummah. Jika diteliti secara mendalam, era kejatuhan ummah ke suatu lurah yang dalam seperti yang kita saksikan pada hari ini juga berpunca dari tangan tangan mereka sendiri.Kini satu agama baru iaitu 'agama kebendaan' telah mengantikan kepercayaan umat Islam kepada Allah dan rasulNya SAW. Falsafah kebendaan masakini yang dipelopori oleh kaum yahudi dan nasrani secara terang menafikan kedudukan Islam sebagai agama yang paling tinggi dan benar disisi Allah SWT. Umat Islam pada hari ini bergitu mengagungkan falsafah kebendaan yang dahulu kala menjadi teras adat resam dan amalan masyarakat jahiliyah, yang mana amalan itu telah lama ditinggalkan semenjak nur Islam menyinar dipelusuk dunia. Namun ia kembali semula, didakap erat oleh umat akhir zaman.Kebudayaan jahiliyah kini menjadi satu kebanggaan dan diagung agungkan. Agama kebendaan yang telah mendayuskan umat ini telah menyebabkan iman umat akhir zaman dikatakan sebagai iman 'keluar-masuk' dibandingkan dengan iman umat Islam dahulu kala yang mana imannya hanya 'turun-naik'. Maka amalan dan pendirian inilah yang telah menjemput musibah yang besar keatas umat Islam sedunia pada hari ini.


Sesungguhnya pada hari ini, proses kejatuhan ummah masih belom selesai, kerana kali ini dasar lurah terjatuhnya lebih mendalam.Kita memang melafazkan kalimah Syahadah, bolih jadi ada diantara sahabat yang mengetahui makna dan tujuan kalimah itu TETAPI hakikat kalimah itu adalah lebih utama daripada lafaz lafaz dan maknanya yang zahir. Jangan kita lupa bahawa para sahabat dizaman Rasullullah SAW ada hakikat kalimah suci, hakikat iman, dan hakikat solat sedangkan yang ada pada kita hanyalah kalimah suci, iman dan solat. Tiap tiap satu kejadian itu mempunyai hakikat dan juga zahirnya. Antara kedua duanya itu meskipun ada persamaan yang nyata tetapi pada dasarnya ada didapati perbezaan yang amat jauh. Kita tentu pernah melihat petani-petani seringkali meletakkan disawah mereka dengan patung patung untuk mengawasi dari ancaman burung-burung dan binatang-binatang. Burung-burung itu menyangka bahawa ada orang yang menjaga sawah itu tetapi jika seekur burung berani masuk kedalam sawah itu maka tentu ia akan dapati bahawa yang ada disawah itu hanyalah patung patung yang tidak bergerak dan tidak ada kuasa untuk mengacamnya, lalu diajak kawan-kawan burung dan binatang-binatang lain untuk menyerang sawah dan membinasakanya. Sahabat- sahabat tentu tahu perbezaan yang terdapat pada surat dan hakikat atau diantara zahir dan batin????. Sahabat-sahabat tentu pernah melihat buah buah yang dibuat dari plastik. pada zahirnya buah buah itu nampaknya seperti buah buah asli tetapi amatlah jauh bezanya antara palsu dan aslikan????.


Dimuzium berbagai bagai binatang seperti singa, harimau, gajah dan lain-lain sayangnya tidak bernyawa... ada rupa harimau tapi tidak ada suara, tidak ada garang, tidak ada kekuatan dan tidak ada keberanian, kegagahan serta kehebatan padanya. Yang nyata hanyalah Zahirnya sahaja, hakikatnya sama sekali TIDAK ADA! Sedarlah wahai sahabat semua, zahir tidak bolih mengambil tempat hakikat, tidak pula bolih melahirkan khasiat-khasiat hakikat, tidak bolih melawan hakikat dan tidak bolih memikul beban hakikat. Andainya kita inginkan kejayaan dan kemenangan sejati dari hakikat yang telah bercampur aduk dengan kepalsuan dan kebatilan itu, kita semestinya merujuk kembali kepada hakikat Islam dan Iman. Zahir islam itu sungguhpun suci dan murni tidak akan mencapai kejayaan kerana yang membawa kepada kejayaan dan kemenangan abadi ialah Hakikat Islam bukan Zahirnya. Keislaman, keimanan, kalimah, solat, haji dan lain lain amalan keagamaan kita hanya pada zahir sahaja tanpa hakikat kerana itu tidak dapat menjauhkan diri kita dari nafsu amarah, tidak dapat memisahkan kita dari resam dan penyembahan penyembahan berhala demi sesuap nasi.Kita menjadi lemah, takut, pembelot, untuk menegakkan kebenaran walhal kita kata kita islam tapi kemungkaran berlaku didepan mata kita tak mampu kita cegah kerana zahirnya kita islam tapi hakikatnya????

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my