Terkini  Popular    Mula Topik

Peneroka Bulan Dan Keajaiban Ciptaan Allah

2004-12-06 14:52:08

Penerokaan angkasa lepas memerlukan kekuatan atau keupayaan yang tinggi. Kekuatan daya fikir, ilmu, teknologi dan kewangan. Untuk menjayakan misi Apollo iaitu penjelajahan manusia ke bulan, NASA telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar A.S $ 23,000,000,000.00 dan menggunakan tenaga manusia seramai 400,000 orang seperti jurutera, pereka bentuk, ahli sains dan pakar komputer. Selain itu melibatkan sebanyak 20,000 buah syarikat terkemuka termasuk syarikat Goodyear dari Malaysia yang ditugaskan membina tayar kenderaan yang digunakan di bulan.

Sebelum misi mendaratkan manusia di bulan berjaya, beberapa siri kegagalan telah ditempuhi. Misi penerokaan ini bermula pada 17 Ogos 1958 oleh Amerika Syarikat dengan mencipta kapal Angkasa yang dinamakan Able 1 tetapi telah gagal dilancarkan kerana meletup semasa pelancaran. Nasib yang sama juga telah dialami oleh kapal angkasa yang kemudian Able 4, Able 5-A, Able-5B semuanya gagal. Tetapi pada tahun 1959 telah memeranjatkan NASA kerana dengan diam-diam Russia telah berjaya mendaratkan kapal angkasa yang bernama Luna 2. Setelah beberapa lama akhirnya pada 20 Julai 1969 NASA berjaya mendaratkan manuisa di bulan setelah mencurahkan segala tenaga dan kekuatan dan menempuh beberapa rintangan dan kegagalan.

Di antara kegagalannya turut mengorbankan beberapa nyawa antaranya pelancaran Apollo 3 telah mengorbankan 3 orang. Kejayaan NASA ini dikagumi oleh manusia walau bagaimana pun ada juga yang tidak mempercayainya. Perjalanan manusia ke bulan itu menempuhi jarak 384,000 km dari bumi mengambil masa empat hari dengan kelajuan 38,945 km/j. Satu yang kelajuan yang sungguh hebat dengan kenderaan yang manusia pernah cipta.

Perjalanan yang dianggap terhebat di abad lalu oleh manusia hanya dapat dilakukan setelah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan mengembelingkan pelbagai sumber kekuatan dan kepakaran untuk melepasi tarikan graviti bumi. Sumber kekuatan dan keupayaan diperolehi dari sumber sedia ada di bumi ini. Ahli-ahli sains hanya memanafaatkannya saja untuk mencapai apa yang dihajatkan. Manusia tidak berupaya untuk mencipta kekuatannya sendiri.

Sains sendiri mengakui bahawa manusia tidak boleh mencipta tenaga atau keupayaan. Ini dinyatakan di dalam prinsip keabadian tenaga yang menyatakan "Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya boleh ditukar atau diubah bentuk". Persoalannya siapa yang mencipta segala sumber kekuatan itu di bumi yang membolehkan manusia mendarat di bulan. Sudah tentu Pencipta yang mencipta sumber kekuatan itu jauh lebih hebat dan memilikki kekuatan yang Maha hebat. Di sini menujukkan perbezaan yang sangat jauh di antara Pencipta dengan yang dicipta.

Pencipta mempunyai kekuasaan dan Maha Perkasa dibandingkan dengan manusia yang amat kerdil dan memilikki berbagai kelemahan dan kekurangan. Jika manusia dengan keupayaan dan kekuatan yang amat terbatas boleh meneroka ke angkasa lepas itupun hanya ke bulan, objek samawi yang paling dekat maka tidak menghairankan jika Allah pemilik dan pentadbir alam ini boleh menjalankan hambaNya Muhammad s.a.w melepasi langit dunia bahkan melewati lebih jauh merentasi setiap lapis langit. Dari langit lapis pertama hingga ke lapis ke tujuh dan pulang semula ke bumi dalam masa satu malam sahaja.

Satu pekara yang yang dapat dipelajari dari kejayaan mereka meneroka angkasa lepas ialah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa iaitu hakikat wujudnya Pencipta yang Maha Berkuasa yang mencipta dan mengatur serta memerlihara perjalanan Alam ini. Seorang angkasawan Russia bernama Tetov, beliau antara angkasawan yang awal dapat terbang ke angkasa lepas mangelilingi orbit bumi pada Ogos 1961
.
Beliau melahirkan rasa kagum dan takjubnya melihat keindahan alam ini apabila dia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri peredaran bumi, bulan dan planet-planet . Satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia menyaksikan sendiri bagaimana bumi berputar dan bergerak tanpa ada tiang yang menyokongnya. Begitu juga bagi mereka yang telah menjejakkan kakinya dipermukaan bulan, mereka mengakui mengalami perubahan persaan dan jiwa apabila melihat tanda-tanda keajiban alam cakerawala.

Sebenarnya apa yang dilihat itu ialah tanda-tanda ciptaan Pencipta yang Maha Agong. Hakikat ini tidak dapat disembunyikan bagi mereka yang dapat melihat dengan akal dan mata hati. Seorang angkasawan bernama Ed Mithell (Apollo 8), beliau salah seorang di antara yang telah berjaya menjejakkan kaki di bulan. Beliau menyatakan ia telah merasa perubahan dalam jiwanya dan menimbulkan keinsafan dalam dirinya sebaik saja menjejakkan kakinya di bulan dan melihat betapa takjub beliau melihat keindahan di sana. Lantas apabila ia pulang semula ke bumi beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai angkasawan dan mengkaji yang berkaitan dengan kerohanian.

Seorang lagi angkasawan , Jim Irwin (angkasawan Apollo 15) menyatakan sebaik saja ia menjejakkan kakinya di bulan dan memerhati keadaan di sekelilingnya merasakan benar wujudnya Tuhan. Beliau juga meninggalkan kerjaya yang berprestij itu dan mengabadikan dirinya di bidang keagamaan dan menghabiskan sisa hidup dengan cara sedemikian sehinggalah beliau mati pada 1991.

Sekiranya manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan itu seorang saintis dan mempunyai keimanan yang tinggi tentu dia dapat merasai dan menyaksikan yang tersirat di sebalik apa yang dilihat oleh Armstrong, kerana orang yang beriman dapat melihat bukan saja dengan mata dan akal tetapi juga merenung dengan mata hati. Maha benarlah Allah yang menjadikan di segenap penjuru alam ini mempunyai tanda-tanda kebesaranNya, seperti firmanNya yang bermaksud
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga nyatalah bagi mereka bahawa alQuraan itu adalah benar.Dan apakah TuhanMu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Fusilat:53

Kronologi penerokaan manusia ke bulan

Tarikh/Tahun Kenderaan Kejayaan/kegagalan
17-8-1958 Able 1 (US) Misi gagal. Meletup semasa pelancaran
11-10-1958 Pioneer 1 (US) Misi gagal
?-1-1959 Luna 1(USSR) Berjaya dilancarkan
? 11-1959 Able 4 (US) Misi gagal
? 10-1960 Able 5-A (US) Misi gagal
? 3 – 1961 Able 5 –B(US) Misi gagal
1961 Ranger 1 Misi gagal
: Ranger 2 Misi gagal
: Ranger 3 Misi gagal
: Ranger 4 Berjaya mendarat di bahagian malam bulan
1962 Ranger 5 Misi gagal
28-7-1964 Ranger 7 Berjaya mendarat di Mare Nubium dan mengirim 4308 keping gambar ke bumi. Tetapi meletup / terlepas ketika perjalanan pulang ke bumi
? – 1965 Ranger 8 Berjaya mendarat di bulan di Mare Tranquilitaties dan mengirimkan 7173 keping gambar ke bumi. Tetapi meletup/terlepas ketika perjalan pulang ke bumi.
2-4-1963 Luna 4(USSR) Kapal angkasa pertama berjaya mengorbit orbit bumi-bulan.
2-4-1965 Luna 5 (USSR) Berjaya mengorbit bumi-bulan
31-1-1966 Luna 9 (USSR) Pendaratan pertama kapal angkasa tanpa manusia di bulan
27-1-1967 Apollo 1 Misi gagal ;3 orang angkasawan terkorban (Grissom, White, Chaffee)
09-11-1967 Saturn V Ujian pelancaran Apollo tanpa manusia
4-4-1968 Saturn V Ujian kedua pelancaran Apollo tanpa manusia
11-10-1968 Apollo 7 Apollo berjaya mengorbit bumi dengan 3 angkasawan (Schirra, Eiscle, Carnningham)
21-12-1968 Apollo 8 Apollo berjaya mengorbit bulan tetapi tidak mendarat (Borman, Lovell, Anders)
3-3-1969 Apollo 9 Apollo mengorbit bulan (McDicitt, Scott, Scheweickat)
18-5-1969 Apollo 10 Ujian raptai penuh (full dress rehearsal) untuk pendaratan manusia di bulan dengan 3 angkasawan ( (Stafford, Young, Cernan)
20-7-1969 Apollo 11 Berjaya mendaratkan manusia pertama, Armstrong di permukaan bulan. 3 angkasawan menyertai misi ini. ( Armstrong, Collins, Aldrin)
14-11-1969 Apollo 12 Berjaya mendaratkan manusia di bulan. 3 angkasawan menyertai misi ini. (Conard, Gordon, Bean)
11-4-1970 Apollo 13 Gagal mendarat di permukaan bulan kerana letupan tangki oksigen selepas berlepas dari bumi dan berada pada ketinggian 320,000 km. 3 angkasawan menyertai misi ini. ( Lovell, Swigert, Haise)
31-1-1971 Apollo 14 Berjaya mendarat di permukaan bulan. 3 angkasawan menyertai misi ini (Shepard, Roosa, Mitchell)
26-7-1971 Apollo 15 Bejaya mendar di permukaan bulan ( Scott, Irwin, Worden)
16-4-1972 Apollo 16 Berjaya mendarat di permukaan bulan. (Mattingly, Young, Duke)
16-4-1972 Apollo 17 Berjaya mendarat di permukaan bulan ( Evans, Schmitt, Cernan)

Sejak dimulakan misi ke bulan pada 1958 sebanyak kegagalan yang telah dialami. Diantara 1958 -1962 lapan dari sembilan misi yang dilakukan oleh NASA adalah gagal.
Sebanyak sembilan misi perjalan ke bulan yang berjaya dengan membawa angkasawan berjumlah 24 orang lelaki dari sejumlah angkasawan itu hanya 12 orang saja yang mendarat di bulan manakala yang selebihnya mengorbit bulan. Tiga orang darinya menyertai dua kali misi ke bulan iaitu Lowel (Apollo 8 & 13), Carman (Apollo 10,17) dan Scott (Apollo 9,15).


Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my