www.myjodoh.net
Oleh akirasuri
02-Nov-2004 12:17:41
ISLAM MENYERU KE ARAH KEAMANAN
Agama Islam merupakan agama yang sering disalahertikan bukan sahaja dalam dunia masa kini bahkan sejak zaman berzaman lagi. Konsep Islam itu bukan sahaja disalahertikan oleh orang bukan islam bahkan oleh orang islam itu sendiri. Islam tidak mengajar umatnya untuk berkasar sesama manusia baik yang beragama Islam mahupun yang tidak beragama Islam. Hal ini dapat diperhatikan dalam firman Allah yang bermaksud:
“berbicaralah kepada masyarakat dengan cara yang lembut dan baik”
(Surah Al-Baqarah: ayat 83)
yang mana telah ditafsirkan oleh Imam Hassan Askari as (cucu keturunan Rasulullah saw) sebagai:
“Wahai semua manusia, baik mukmin atau kafir, bertuturlah dengan baik. Jika kalian berbicara sesama mukmin, kalian haruslah bermanis muka. Jika kalian sedang berbicara dengan orang kafir, bersikaplah toleransi agar mereka tertarik, kepada ajaran Islam.”
Di dalam Islam terdapatnya konsep keamanan dan konsep keamanan ini adalah suatu perkara yang subjektif dan ia sebenarnya membawa makna yang amat meluas mengikut kefahaman seseorang individu tersebut. Di dalam Agama Islam, perkataan keamanan membawa erti keadaan dimana bukannya sekadar tiada berlakunya peperangan sahaja. Keamanan itu akan wujud apabila keadaan di mana tidak ada berlakunya penindasan dan tirani (corak pemerintahan yang zalim). Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya, Allah tidak suka orang yang menceroboh.”

(Surah Al-Baqarah: ayat 190)
Islam telah menjelaskan bahawa keamanan yang tulen hanya dapat menjadi realiti apabila keadilan dapat ditegakkan di muka bumi Allah ini. Dalam konteks dunia masa kini, persaingan senjata sebenarnya telah mencetuskan ketidakadilan yang memungkinkan peperangan akan berlaku di mana-mana da... ... ..
Sila login atau daftar untuk baca selanjutnya. Its FREE.
Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my