Terkini  Popular    Mula Topik

7 Perkara Yg Membinasakan

2004-10-24 11:18:52
Oleh
Az_WaN
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu `Anhu Rasulullah SAW bersabda : “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Sahabat bertanya : “Ya Rasulallah Apakah tujuh pembinasa itu ?”, Nabi menjawab : “Menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran syarak, Memakan harta riba, Memakan harta anak yatim, Lari dari medan pertempuran (pada waktu berkecamuk peperangan) dan Menuduh zina terhadap perempuan2 mukminah yang baik, yang selalu menjaga diri dari perbuatan yang keji”.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


p/s :Istiqamah dalam amalan dan perbanyakkannya.Wallahua'lam



Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my