Terkini  Popular    Mula Topik

Masalah Bersalaman Antara Lelaki & Wanita Buka

2004-10-23 12:22:05
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya aidul fitri maka akan berlakulah acara salam bersalaman antara satu sama lain kononnya untuk memohon maaf atas kesalahan di masa lalu. Malangnya kita tidak dapat menjaga batas larangan oleh Allah s.w.t tentang sentuhan antara lelaki & perempuan bukan muhrim. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita telah merdeka selama 47 tahun dan diperintah oleh seorang pemimpin Islam serta negara kita juga sebuah negara Islam.

Yang menghairankan saya apabila majlis tilawah peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, kenapa semua orang termasuk pemimpin kita tidak bersalaman dengan qaraih yang hadir pada masa itu. Walaubagimana pun apabila acara-acara lain diadakan maka upacara bersalaman antara lelaki & wanita tidak dihiraukan.

Adakah ianya HARAM jika program itu berkaitan dengan agama dan HALAL ketika program yang lain.

Mari semua kita bincangkan. Berikan pendapat masing-masing yang berlandaskan al-quran dan hadith.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my