Terkini  Popular    Mula Topik

Cinta Agung...

2004-10-21 12:35:55
Manusia tak boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu fitrah. Ia dibuktikan dengan penciptaan ada dan hawa. Adam apabila dicipta, sentiasa ,merasa satu kekurangan pada dirinya sehingga satu hari, ketika adam tidur, Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam seorang manusia lain jantina.

Adam : Siapakah Kamu?
Hawa : Hawa
Adam : Untuk Apa kamu diciptakan?
Hawa : Untuk hidup dan tenang bersama kamu

Sejak itu kekurangan pada adam telah hilang dan barulah sempurna penciptaan adam setelah hawa diciptakan.

Apabila turun kebumi, pernah malaikat bertanya kpd Adam dan hawa sebelum mereka bertemu di padang arafah.

Malaikat : Cintakah kamu pada hawa
Adam : Ya

Babak yang lain

Malaikat : Cintakah kamu pada Adam?
Hawa : Tidak (tetapi hati hawa berganda2 menyatakan ya!)

Plot ni menunjukkan sifat seorang lelaki dan wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Wanita mempunyai sifat malu yang sebenarnya menjadi senjata kepada kebaikan alkhlak seorang manita. Bermakna, bila malu telah hilang, bermakna hilanglah akhlak seorang wanita.

Berbalik soal kejadian, Allah menciptakan adam dari unsur tanah. Bermakna, adam akan lebih cenderung dengan komunikasi bersama unsur ciptaannya. Sebab tu lelaki sifatnya aktif, bekerja, berkomunikasi bersama alam lebih dari seorang wanita. Manakala hawa dicipta dari tulang rusuk dan jiwa adam. Bermakna komunikasi kehidupan seorang wanita banyak dipengaruhi jiwa dan perasaan. Sebab itu wanita senang beremosi dan juga senang untuk melahirkan sifat penyayang, kasih dan pelbagai bentuk mainan jiwa lebih dari orang lelaki.

Kisah Ibrahim AS dan sarah jugak cukup menarik. Sifat kelembutan sarah yang hidup bersama ibrahim lebih 8 tahun sangat dikagumi. Apabila tidak dikurniakan cahaya mata, sarah dengan jiwa fitrah dan kasih sayang, memintak ibrahim AS untuk mengahwini hajar, cuma meletakkan syarat tidak mahu untuk tinggal bersama di satu tempat. Akhirnya dalam sejarah, ibrahim membawa hajar ke lembah bakkah (mekkah) dan setelah itu sarah juga dikurniakan Allah cahaya mata hasil dari sikap kesih sayang dan kelembutannya

Sayang rasulullah kpd aisyah banyak dapat dibuktikan. Pernah satu ketika apabila pulang dari perang (zatil-salasul) amru b al-As bertanya kpd nabi SAW tentang rang yang dicintainya. Maka nabi jawab 'Aisyah'. Jwpn nabi jelas, bukan sekadar menyatakan isteriku ini, tetapi menyebut dengan namanya sekali. Bermakna nabi SAW sendiri mempunyai perasaan kasih sayang tersebut dan inilah satu bentuk kesempurnaan fitrah manusia.

Ana sbnrnya bimbang bila buku tu menulis satu kisah 'persahabatan' yang kononnya berlandaskan Islam, tetapi akhirnya melakukan perbuatan yang terkutuk disisi Allah. Hakikatpersahabatan dalamtempoh sebelum perkahwinan sgt2 bahaya sehingga mampu menjerat lelaki/perempan untuk berlaku maksiat kpd Allah. Sebab tu Allah menyatakan, Jgn dihampiri zina, bukannya jangan berzina. Pendekatan Kaedah 'Saddu al-Zaraie' (mencegah) sangat hikmah disebutkan didalam al-quran. Satu story yang baik utk tauladan, seorang lelaki bersahabat dengan seorang perempuan kononnya atas nama Islam sedikit demi sedikit telah melanggari batas syariat sehnnga erbuat maksiat pd Allah. Ini kerana batasan syariat tersebut tidak langsung dipantau atau dikawal.

Maka jalan penyelesaiannya adalah ukhuwah yang baik dan dikawal oleh keluarga atau orang yang boleh dipercayai. Apabila seorang telah berazam untuk mengahwini seorang perempuan dan sebaliknya, maka ujian yang besar akan dihadapi oleh kedua-duanya. Mereka akan cuba dihasut oleh syaitan dan nafsu sehingga cuba untuk melepai batas yang ditetapkan. Ujian2 ini perlu dihadapi dengan hubungan kuat kepada Allah. Tidaklah salah untuk mengenali antara satu sama lain, tetapi batasan sebeginilah yang perlu ntuk dikawal. Biarlah cinta selepas perkahwinan dibina lebih dari sebelum perkahwinan itu lagi.

Satu kisah yang ana cukup respect yang berlaku dizaman ini. Seorng lelaki menjumpai sorang prmpuan yang rasanya sangat sesuai utk dirinya. Setelah diistikharah, dia menjumpai prmpuan tersebut dan berkata, saya sgt mencintai kamu dan inign saya ambil kamu menjadi isteri selpas tamat pengjian nanti. Apabila prmpuan tersebut memberikan jwpn ya, mereka berdua tidak berhubung langsung sehingga tamat pengajian. Lelaki tu kata, aku tak akan campur adukkan cinta Allah dan cinta manusia, biarlah allah tentukan jodoh tersebut. biarlah cinta Allah menjadi asas sebelum datangnya cinta kpd manusia. Setelah tamat, mereka berkahwin dan menjadi antara keluarga contoh dalam masyarakat.

Apabila cinta Allah menjadi asas kepada pembentukan, ia bakal membawa jamiann dunia dan akhirat. Kisah cinta nabi SAW dan Khadijah menjadi satu perkara yang sangat seronok untuk dihayati. Dalam peristiwa pembukaan kota mekah, lebih 10 tahun khadijah meninggal dunia. Satu ketika, apabila nabi sedang berkhutbah kpd umat islam, tiba2 nabi nampak ada seorg wanita tua dari atas bukit. Nabi memanggil wanita tua tersebut. Dia datang dan nabi minta buka jalan sehingga betul2 berada di depan nabi. Nabi menjemput wanita tua itu duduk dan mereka berbual. Sebelum tu nabi ambil jubah baginda untuk menjadi alas kpd wanita itu. Aisyah yang duduk disebelah nabi rasa tak selesa dengn tindakan tu.

Aaisyah : Siapa tu rasulullah?
Nabi: Ooo, inilah kawan saidatina khadijah dulu
Asyah : Rasullulah berborak pasal apa dengan dia?
Nabi : pasal khadijah dulu-dulu, sikap dia, perangai dia, dll
Aaisyah : lagi2 khadijah, lagi2 khadijah, bukankah allah dah gantikan dengan yang lebih baik dari dia?(aaisyah la)
Nabi : Demia Allah, tak pernah aku rasakan ada ganti yg lebih baik dari khadijah
Aisyah tgk nabi marah, aisyah kata : ya rasulullah, maafkan aku
Nabi : Minta maaf dengan khadijah dulu sebelum aku maafkan kamu

Sayangnya nabi pd khadijah tiada tandingannya walaupun telah lebih 10 tahun khadijah meninggal dunia.........notin else materz..ahakz!!

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my