Terkini  Popular    Mula Topik

[bold]kenalilah Warna Kegemaran Teman Lelaki

2004-10-17 16:35:11

Kenalilah warna-warna kegemaran lelaki di sekeliling atau yang anda anda kenali, dengan mengenali warna
kegemaran mereka, anda akan lebih memahami mereka. Anda akan lebih
disayangi lantaran anda mengetahui sikap-sikap mereka yang
tersembunyi.

warna ungu
ketahuilah bahawa dia seorang yang suka memburu kejayaan dan amat
positif dalam pemikiran. Usah berkecil hati sangat dengan sikapnya
yang kadang-kadang seperti mementingkan diri sendiri. Sebenarnya dia
serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahami dia.

biru tua
dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Mungkin anda akan rasa
terabai tapi di situlah letaknya titik kejayaannya.

warna merah
dia seorang yang yang berani, bersemangat dan tiada istilah gagal di
hatinya.

Warna Hijau
bermakna dia seorang yang tenang, tak banyak karenah tapi cemburu,
romantik dan baik hati orangnya.

Warna Oren
pula bermakna dia seorang yang komited dengan usaha yang
dipertanggungjawabkan .

Warna Kuning
ceria, baik sangka dan tak suka gaduh.

Warna hitam
dia seorang yang protokol tapi emosional serta mudah berasa hiba.

Warna putih
dia seorang yang amanah.

Warna coklat
dia seorang yang matang dan bertanggungjawab

Tapi awas jika dia menggemari warna pink, dia mungkin seorang yang
bershahwat tinggi.

(Majalah Mingguan Wanita, 6 – 12 Ogos 2004, Ruangan Motivasi oleh
DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj)
"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my