 |
Penjelasan 2 - Fadhilat Ibadat Rejab, Syaaban, dan ..
 |
Oleh MeowHidayah
2003-10-10 10:25:23
IP : 202.184.17.249 |
Sebab itulah Imam Ibnu Solah menyatakan, ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu yang paling bahaya ialah puak ini menyandarkan diri mereka kepada zuhud. Mereka membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas kepercayaan dan kecenderungan kepada mereka. Selepas itu dia kata, maka ramailah ulama' yang mendedahkan tentang keburukan hadis-hadis palsu ini. Jadi ini yang disebut oleh Ustaz Asri Zainal Abidin ini, dalam dia punya tulisan ini.
Dan ana nak sebut lagi satu contoh juga, iaitu berhubung dengan, di sini disebut, salah satu daripada amalan dusta terhadap Rasulullah S.A.W., yang dia sebut di dalam, oleh Ibnul Qayyim, hadis mengenai solat raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab, kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah S.A.W. Kemudian dia menyebut jugak, Rasulullah tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam Nisfu Syaaban. Nabi tak pernah mengajar amalan khusus. Oleh itu amalan tertentu pada malam berkenaan seperti membaca Yaasin dan solat tertentu bukan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
Kemudian di sini dia membawa kata-kata Dr Yusuf al-Qardawi, seorang ulama' yang masih hidup. Dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban, kata Yusuf Qardawi, tidak pernah diriwayatkan dari Nabi dan sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu, dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri umat Islam. Ini kata-kata Yusuf Qardawi. Bahkan di sebahagian negara, kata Yusuf Qardhawi, orang ramai berhimpun pada malam berkenaan selepas Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yaasin, dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain dengan niat tidak bergantung dengan manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf ya'ni sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in.
Doa yang kita dok baca tu, yang di dalam dia ... sebab saya dulu selalu baca sampai hampir-hampir ingat sebahagian. Tapi bila kita baca, baca fatwa daripada Yusuf Qardawi, khususnya berhubung dengan doa itu, Syeikh Mahmud Syaltut pun sentuh jugak, doa tu tu bila dia menyebut, berbalik kepada doa itu, sebab kita ni kadang-kadang jumpa aje terus amal dengan tidak merujuk kepada apa yan dimaksudkan. Kalau kita baca, ila hibit tajjalil a'zom fi ha zihillailatil mubarokah pada malam yang berkat, min syahri sya'banil muqarram daripada bulan Syaaban mulia, malam nisfu tu, allati yufrohu fi ha kullu amrun hakim wal yubra malam itu dijelaskan padanya kepada malaikat-malaikat setiap perkara yang akan berlaku pada tahun itu.
Yang penting itu sebut, pada malam yang berkat iaitu malam Nisfu Syaaban. Sedangkan kalau kita rujuk kepada Quran, malam berkat itu ialah malam Nuzul Quran. Allah menyatakan bahawa Allah menurunkan Quran fi lailatil mubarakah pada malam berkat yang malam itu dijelaskan kepada para malaikat mengenai apa yang berlaku dalam tempoh setahun.
----------------------------------------------------------3
Baik, apakah dia malam Nuzul Quran? Malam Nuzul Quran tidak ada khilaf ulama' ialah malam Lailatul Qadar. Dan malam Lailatul Qadar jatuh pada malam bulan Ramadhan.
Jadi ini yang dikatakan Yusuf Qardawi dan Syeikh Mahmud Syaltut, bila kita katakan malam berkat tu malam Nisfu Syaaban, malam itu Allah jelaskan apa yang berlaku setahun tu kepada para malaikat, bercanggah dengan apa yang ada dalam Quran. Jadi bukan tak boleh berdoa pada malam tu. Jadi jangan salah faham ya. Bukan tak boleh baca Yaasin, bukan tak boleh berdoa. Boleh baca Yaasin, boleh berdoa, tapi bahagian yang itu tadi bila kita dah nampak jelas berdoa itu, bercanggah dengan maksud ayat Quran, kita tinggalkanlah bahagian tu. Bahagian nak mintak panjang umur, murah rezeki, tetapkan iman, tak salah. Mintaklah malam itu anak kita jadi baik, umat Islam dilindungi oleh Allah, takde jadi masalah lebih-lebih lagi lepas kita baca Yaasin. Lepas kita baca Yaasin tu bagus, kerana baca Yaasin lepas tu kita doa, tapi bahagian akhir doa itu adalah jelas bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam ayat Quran. Maka dia kata eloklah kita tinggalkan.
Kemudian dia kata sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan dari Allah, segala keburukan itu adalah daripada manusia. Inilah dia kata kenyataan, sedangkan Yusuf Qardawi ni kata UStaz Asri, adalah seorang ulama' yang cukup tolak ansur. Maksud tolak ansur kalau kita baca pandangan yang keras, maka ada pandangan yang menyatakan bahawa berdasarkan zahir hadis Rasulullah S.A.W., ada yang menyatakan mengambil gambar itu hukumnya haram. Sebab itu sewaktu ana buat haji, waktu bermalam di Mina itu, bertengkar dengan seorang student Saudi sebab kebetulan ada orang ambil gambar. Dia marah, kemudian ana tanya apasal anta marah sangat. Adakah haram mengambil gambar. Dia berhujah dengan segala hujahnya, mengambil gambar ni dia kata hukumnya haram kecuali darurat. Kecuali darurat sebab hadis Nabi, ... sesiapa yang membentuk sesuatu gambar, suatu surah, maka Allah akan suruh dia hidupkan di Akhirat nanti.
Tapi Yusuf Qardawi ana nak sebut Yusuf Qardawi punya pandangan, dia kata itu tidak termasuk dalam yang diharamkan. Yang diharamkan kalau kita buat dalam bentuk, kalau ditiup roh, hidup dalam bentuk patung yang lengkap. Gambar tidak termasuk sebab dia hanyalah gambar di atas kertas sahaja. Maksud ana Yusuf Qardawi pandangan dia agak lembut dalam masalah-masalah ini. Tapi dalam masalah Nisfu Syaaban, Yusuf Qardawi bertegas supaya kita beramal dengan apa yang disyariatkan sahaja. Inilah dia kata kenyataan Yusuf Qardawi.
Kemudian dia menyebut bahawa hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan daripada disebarkan di kalangan masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen dan satu-satunya hadis yang boleh dipegang tentang Nisfu Syaaban ialah, yang ini hadis yang dia kata satu boleh pegang, Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampun semua hamba-Nya, kecuali yang musyrik, dan yang bermusuh antara sesama Islam. Itu sahaja hadis yang jelas. Memang Allah pandang kepada hamba-Nya malam itu. Oleh itu, kita beribadatlah dengan apa-apa ibadat. Tetapi walau bagaimanapun, kita tidak ada sebarang asas untuk menentukan ibadat secara khusus.
----------------------------------------------------------4
Jadi sebab itu ana rasa, kalau kita nak buat, kita beri penjelasan. Sebab tu sekarang ni dah banyak surau yang buat macam yang ana dah sebut di beberapa surau dia buat, baca Yaasin sekali tapi beri penjelasan, "Malam ni kita berkumpul. Baiklah kalau kita nak baca Yaasin. Kita baca Yaasin tapi ingatlah, membuatnya dalam bentuk tertentu, kita bagitau, bentuk tertentu tidak ada asas dari Rasulullah S.A.W. Tapi kalau kita nak teruskan baca Yaasin tiga kali, tak salah. Baca dengan tartil, tetapi doa dia, doa yang saya sebutkan tadi, adalah lebih baik pada saya kita tinggalkan ... sebab dia bercanggah dengan apa yang disebutkan tadi.
Dan untuk menjadikan kita tidak terikat dengan doa itu, tambahlah dalam doa itu dengan doa-doa yang lain. Supaya bila kita buat itu, kita tidak jadi terikat dengan satu bentuk saje. Tambahlah dengan doa yang lain. Doa mintak terang hati, doa mintak anak kita lulus periksa. Kalau sekarang ni doa mintak umat Islam dibantu oleh Allah S.W.T., doa supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berpura-pura bantu sebenarnya, sebab bila kita terikat dengan bentuk tertentu, ini yang bila orang lain datang dia terus mengatakan kita beramal dengan bida'ah.
Dan tujuan ana menyebut itu tidak sesekali untuk kita bertengkar, bercanggah pendapat sebab ada orang kata, bila khutbah dekat masjid UPM, dia pun cakap khutbah tu jawab khutbah ustaz minggu lepas. Saya kata tak betul itu bukan masalah jawab-menjawab, tapi kerana saya tak dengar apa yang disebut dalam khutbah itu. Kerana kadang-kadang, kerana kita masih berpegang kepada kitab-kitab yang menyatakan fadhilat semata-mata. Macam kitab ni, kitab Durratun Nasihin ini, dia menyebut, semalam pun ustaz yang dalam tv tu menyebut. Dia sebut dua hadis kitab fadhilat yang diambil daripada kitab Zubdatul wa 'Iffin. Kitab Zubdatul wa 'Iffin kitab yang menyatakan bab fadhilat dengan tidak menyatakan hadis itu diambil dari mana.
Sebab itu kita kena tegas tadi saya kata, dalam masalah hadis kita perlu tegas. Kita tak boleh lagi semata-mata menyebut hadis. Macam ana selalu sebut kita jangan lagi sebut hadis Nabi, "Bekerjalah untuk dunia seakan-akan kamu hidup untuk selama-lamanya, bekerjalah untuk Akhirat seakan-akan kamu mati besok" sebab itu bukan hadis Nabi. Kita jangan kata, kola Rasulullah S.A.W., ianya adalah kata-kata Amru ibnu Asr, seorang sahabat Rasulullah S.A.W. Sebab bila kita merujuk kepada kata-kata, kita kata terus kepada Rasulullah S.A.W. maka tidak tepat.
----------------------------------------------------------5
Sila download seperti biasa.
Penjelasan 3
Penjelasan 4
Penjelasan 5Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid...
http://www30.brinkster.com/meowhidayah/
p/s: kalo takleh bukak, refresh byk kali... |
|
Komen..
|
ira 10-Oct-2003, 11:03:01 am
IP:192.174.22.220 |
|
|
| that 's y kena tau apa yg kita buat,bkn pakai ikut jer...mula-mula bidaah hasanah,ok la sebab membawa kebaikan,pastu tambah ngan adat sket,lama-lama jadi cam perkara wajib plak...yg tak tau ni ikut jerrr...dah lama,nak tinggal pun susah la... sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati... |
| |
|
|
|
Cik_Der 10-Oct-2003, 10:53:09 am
IP:192.228.143.40 |
|
|
| sori...bidaah... Siapalah aku... |
| |
|
|
|
Cik_Der 10-Oct-2003, 10:52:04 am
IP:192.228.143.40 |
|
|
Byk nya bidah dlm kehidupan kita....
Semoga tuhan memberi kita petunjuk dlam membezakan yg haq dan batil.....
Doa memohon petunjuk ttg yg hak dan yg batil
"Ya Allah, perlihatkanlah kpdku kebenaran itu sbg kebenaran dan berilah kekuatan kpdku utk mengikutinya dan perlihatkanlah pula kpdku yg batil itu sbg kebatilan dan berilah kemampuan bgku utk menghindarinya."
AminSiapalah aku... |
| |
|
|
|
ira 10-Oct-2003, 10:32:46 am
IP:192.174.22.220 |
|
|
| tq... sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati... |
| |
|
|
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Cinta bersegi-segi!!
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 5:26:05 pm
-
re: Dosa kah Aku..arr
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 2:31:24 am
-
re: Kenapa mesti menjerit?
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 2:29:01 am
-
re: Dosa kah Aku..arr
oleh yleadh,04-Jan-2009, 11:32:32 pm
-
re: Kenapa mesti menjerit?
oleh yleadh,04-Jan-2009, 11:28:07 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, puterarindu, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


27 online user(s)
|