Terkini  Popular    Mula Topik

Sakit Vs Sihat ...... Munajat

2003-10-06 17:02:08
Oleh
Sal
"Apakah dosaku kau biarkan aku terlantar sakit begini? Tidak puas aku nikmati zaman manis remajaku! Aku ingin hidup sihat seperti orang lain. Aku rindu untuk hidup berkeluarga, punya isteri, punya anak. Kasihanilah aku, ya Allah!

Allah tak leka dari mendengar rintihan hambaNya. Allah terlalu dekat padamu. Allah hanya menguji kesabaran hambaNya adakah ia redha dengan takdirNya. Adakah ia semakin mendekat atau semakin menjauhkan diri pada penciptaNya.

"Tapi sampai bila? Lepaskanlah aku dari kesakitan ini. Aku lemah dan tidak berdaya lagi melawan takdirMu, kerana itu aku merayu-rayu dan merintih-rintih padaMu!

Ya, berikhtiarlah dan berdoalah terus dengan merendah diri. Merayulah dan mengadulah segala kesulitan mu pada Dia Yang Maha Mengetahui. Merayulah terus sampai kau terima bahawa apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik buatmu.

"Kasihanilah aku, ya Allah, aku berjanji padaMu, sekiranya aku sihat aku akan menjadi hambaMu yang taat!

Manusia memang suka berjanji akan kembali taat bila sudah terhimpit. Dia merintih, merayu-rayu minta di kasihani. Tetapi bila Allah beri dia nikmat sihat dia kembali mungkir, lupa kembali kepada TuhanNya.

Yakinilah bahawa Allah akan menghapuskan dosa dan memberi pahala kepada hambaNya yang sabar dan redha atas penderitaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, kita hanya hambaNya yang lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Allah dengan redha sebagai sahutan dari doamu....

(Tiada daya dan upaya ku untuk berkongsi penderitaanmu, hanya doa dan airmata setiap kali munajatku. Mudah-mudahan Allah memberi mu kekuatan dan kesabaran atas ujianNya.)Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my