Terkini  Popular    Mula Topik

Alam Dewasa. Bhg. 3

2003-10-04 22:02:20
Oleh
Xmeng
Sambungan dari Alam Dewasa. Bhg 2

3 Fizikal / Kesihatan.

3.1 Gaya Hidup Sihat.

Islam menyuruh umatnya sentiasa berada dalam keadaan sihat rohani dan jasmani. Kesihatan jasmani mempengaruhi kesihatan rohani dan tanpa kesihatan jasmani seseorang itu tidak dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan sukar untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas dirinya.

Sabda Rasullulah s.a.w. :Maksudnya : "Sesungguhnya tubuh badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".

Sabda Rasullulah s.a.w. lagi : Maksudnya : "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai dari mukmin yang lemah dan pada setiap seorang ada kebaikannya".

3.2 Taat Perintah Allah.

Seorang hamba yang benar-benar beriman kepada Allah wajib taat dan mematuhi segala perintah dan suruhan Allah sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.

Firman Allah dalam surah An Nisa' ayat 132 : Maksudnya : "Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segaia-galanya)".

Firman Allah dalam surah Syuara' ayat 108: Maksudnya : "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaKu".

3.3 Meninggalkan Larangan Allah.

Larangan-larangan Allah s.w.t. wajib ditinggalkan kerana ia akan membawa kerosakan dan kehancuran diri, keluarga, masyarakat, agama bangsa, negara dan umat Islam seluruhnya.

Firman Allah Taala dalam surah An Najm ayat 32: Maksudnya : "(laitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah-silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhan mu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosq). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa".

3.4 Pasangan Hidup Bercirikan Islam.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam telah menyediakan garis panduan dimana sekiranya ia diikuti akan menjamin kesejahteraan rumahtangga dan membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni. Ciri-ciri tersebut dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya : Maksudnya : "Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, martabatnya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya nescaya kamu akan selamat (bahagia)". Riwayat Bukhari

Sabdanya lagi : Maksudnya : "(Wahai para ibubapa) sekiranya datang kepada kamu (meminang anak perempuan kamu) seorang pemuda yang kamu redha (Yakin penghayatan) agamanya, maka kamu terimalah Ia untuk dikahwinkan dengan anak kamu. Sekiranya kamu tidak melakukan perkara itu, dikhuatiri akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di atas muka bumi (akibat rumahtangga yang tidak bahagia dan aman)". Riwayat At-Tarmizi

3.5 Bersedia Menghadapi Cabaran.

Ujian dan cabaran adalah diantara tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi dan seorang mukmin akan dinilai berdasarkan sejauh mana ketaatan dan kesabarannya menerima segala cabaran dan ujian Allah tersebut.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Mulk ayat 2 : Maksudnya : "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)".

3.6 Diri Sebagai Model Kepada Keluarga, Masyarakat Dan Ummah.

Setiap individu muslim hendaklah berusaha menjadikan dirinya sebagai orang yang terbaik dan contoh tauladan kepada orang lain dari setiap sudut terutamanya dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Firman Allah dalarn Surah Al-Ahzab ayat 2l : Maksudnya : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 110 : Maksudnya : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta karnu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)".

Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Sebaik-baik kamu adalah yang berbuat baik kepada kaum keluarganya dan aku adalah yang terbaik bagi kaum keluargaku". Riwayat Al-Hakim

3.7 Sifat Pengorbanan Kepada Keluarga, Bangsa, Agama Dan Tanahair.

Berkorban untuk keluarga, bangsa, agama dan tanahair adalah kewajipan setiap individu dalam keluarga dan sebagai lambang kekuatan yang akan menjamin kesejahteraan Negara dan Ummah bagi mencari Mardatilllah.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 16 : Maksudnya : "Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagai mana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingat lah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan".

FimanNya lagi dalam surah At-Taubah ayat 20 : Maksudnya : "(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya".

3.8 Riadah Yang Sesuai.

Riadah adalah satu aktiviti yang digalakan oleh Islam ke atas umatnya sebagai satu cara untuk menyihatkan tubuh badan tetapi dalam usaha melakukan suatu bentuk riadah sebagai umat Islam kita tidak boleh mengenepikan batas-batas agama seperti hendaklah menutup aurat, menjauhi percampuran bebas lelaki dan perempuan dan tidak lalai dan mengingati Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda".

3.9 Solat Berjamaah Di Masjid.

Melazimkan diri solat berjamaah adalah ibadah yang amat dituntut di dalam Islam dan ganjaran pahalanya ditingkatkan berganda-ganda banyaknya.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya : "Solat berjamaah itu menyamai (pahalanya) dua puluh lima kali ganda solat bersendirian." Riwayat Muslim

Lebih-Iebih lagi jika dapat dilakukan di masjid terutamanya soal fardhu lima waktu sehari.

3.10 Memilih Pasangan Hidup Yang Direstui Ibu Bapa.

Restu ibu bapa amatlah penting di dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan berkekalan terutamanya dalam memilih pasangan hidup yang sesuai kerana ia memberi kesan dalam kehidupan anak tersebut. ini dapat dilihat daripada kisah Al-Qamah dan Juraij.

Bersambung..

Artikel ini dipetik dari Ruangan Keluarga Sakinah, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. http://www.ypkdt.org.my/ypk/ TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.



Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my