myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

AKHIRNYA . . . AKU DATANG JUA PART v ..

Oleh puterarindu
2003-09-28 17:24:02
IP : 210.187.114.238

 

meh ler abang rasa sunyi lak petang ni

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

Komen..

osama laden
28-Sep-2003, 9:43:06 pm
IP:219.93.58.146

ehhhhhhhh,lakunya mami jaul pantun..
ada lagi ke pantun tu?nak beli skit..

Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 7:11:29 pm
IP:203.106.69.162


Puteri Santubung cantek jelita
Puteri enam manis rupawan
Bila rindu ku sebut namamu
Semoga hilang hati yang rawan

Puteri enam manis rupawan
Beradu bersama sang permaisuri
Semoga hilang hati yang rawan
Bila bertemu si jantung hati

Beradu bersama sang permaisuri
Singgahsana cantek kuning warnanya
Bila bertemu si jantung hati
Hilang segala rindu dan resah

Singgahsana cantek kuning warnanya
Duduk bersimpuh bersenda berirama
Hilang segala rindu dan resah
Terubat segala luka yang lama..


Jumpa lagi....

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 6:52:12 pm
IP:210.187.114.238

kali pak ali panjang sejengkal
sering mengail ditengah jambatan
muga rindu akan kekal
walau terpisah tujuh lautan

sering mengail ditengah jambatan
hingga terlupa hari dah senja
begitulah adat bila berteman
segalanya jadi indah belaka

sehingga terlupa hari dah senja
dapat sekor ikan naga
rindu mu rinduku jua
muga bertahta didalam jiwa

dapat sekor ikan naga
terus dibela dalam kolam
pertama merindu kemudian bercinta
semuga ia tak kan padam

wasalam

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 6:44:17 pm
IP:203.106.69.162


hahahaha......

puterrindu......
..letih lah nak cari pembayang maksud........

Arus deras laut pasang
Sungai Sarawak mengalir lesu
Datangnya ia bagai di tatang
Bertaktha di hati meruntun rindu

Sungai Sarawak mengalir lesu
PakAli mengail ikan gelama
Bertaktha dia hati meruntun rindu
namun ia tak kekal lama

Pak Ali mengail ikan gelama
Di buat gulai lemak labu
Namun ia tak kekal lama
Kerana rindu meretak seribu....


"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 6:28:31 pm
IP:210.187.114.238

malam berinai nak dara sunti
meranum kasih tali pertungan
semuga segalanya akan abadi
dan yang indah jadi kenangan

meranum kasih tali pertunangan
dengan jejaka amat pemalu
semuga ia tetap berpanjangan
dan akhirnya kan jadi satu

dengan jejaka amat pemalu
sering berbicara tak pernah bertemu
bila dirimu dan diriku satu
maka terlerai sudah sebuah rindu

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
puterarindu
28-Sep-2003, 6:23:24 pm
IP:210.187.114.238

kota semut dinegeri kedah
masjid tanah dinegeri melaka
ikutkan sibuk memang tak sudah
kalau macam ni bila boleh jumpa

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 6:22:39 pm
IP:203.106.69.162


Malam berinai si dara sunti
Esoknya berlangsung majlis kenduri
muga persahabatan kekal abadi
hingga sampai seribu tahun lagi

Disana tinggi di sini rendah
dua dua dikira jumlah sekali
tak hilang resah diri merendah
kerana lahir dari keikhlasan hati

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 6:19:06 pm
IP:203.106.69.162


hari cuti tak sama antara negeri
hari kerja ramai pulak berebut nak cuti
wawa sibuk tak henti-henti
sejak balik dari hi tea
payah nak cari..melainkan dia menjelma diri...

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 6:14:57 pm
IP:210.187.114.238

ranggi kemboja putih berseri
pakai sanggul nak dara sunti
muga persahabatan kekal abadi
hingga sampai seribu tahun lagi

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
puterarindu
28-Sep-2003, 6:11:20 pm
IP:210.187.114.238

hari ahad hari cuti
ambil kesempatan balik klampung
ingatkan wawa masuk komuniti
baru seronok kita bersembang

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 6:09:14 pm
IP:203.106.69.162



Bang puterarindu.......


Bunga kemboja kembang senja
bunga melor harum mewangi
Segala duka hilanglah sudah
Agar persahabatan kekal abadi

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 6:06:51 pm
IP:203.106.69.162


Bunga ros si bunga mawar
Bunga cina kembang tak jadi
payah sungguh nak cari wawa
kerana dia selalu menghilang diri....

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 5:55:53 pm
IP:210.187.114.238

mami..... wawa tak masuk ker

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
puterarindu
28-Sep-2003, 5:48:44 pm
IP:210.187.114.238

biar bagau terbang rendah
pasti hinggap di sawah jua
resah hati hilang sudah
semuga kita sentiasa ceria

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 5:46:35 pm
IP:203.106.69.162


alahai.............cam mengigau lah plak....

Burung bangau terbang rendah
Burung kedidi padi huma
Penat ku nanti abang tiba
Namun berceria sebentar cuma

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 5:40:43 pm
IP:210.187.114.238

perahu layar bernama jugra
kereta kuda dari melaka
usah mami bermuram durja
hari ini kan abang ada

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
puterarindu
28-Sep-2003, 5:39:32 pm
IP:210.187.114.238

maner semer kekawang ni....
meh ler minum kopi ... ngan goreng pisang panas

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 5:38:40 pm
IP:203.106.69.162


Naik perahu perahu layar
naik kereta kereta kuda..
alaa...sesekali cyber melayar
dah puas tunggu baru tiba....

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
puterarindu
28-Sep-2003, 5:30:42 pm
IP:210.187.114.238

pulau sebang jauh ketengah
hendak pergi mesti berperahu
ingatkan tak der yang menjengah
rupanya mami ada kat situ

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Mami Ros
28-Sep-2003, 5:27:33 pm
IP:203.106.69.162


pergi memancing di pulau sebang
mari bermandi di tepi kali
jom lah abang kita sembang2
selagi belum sampai waktu berenti...

.....

"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

Asis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manputerarinduSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

42 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com