Terkini  Popular    Mula Topik

Politik?....piagam Madinah....piagam Malaysia?

2003-09-27 11:18:44
Oleh
Humairah
Minda politik Islam....

Kalau saudara2 sekalian betul2 seorang yang cintakan Allah dan Rasul, maka saudara2 tidak akan dapat tidur lena selagi undang2 kafir itu masih bermaharajalela di negara ini....
-Petikan kata2 Ustaz Fadzil Noor-

Konsep Negara Islam....

Sebenarnya jika kita merujuk kepada pandangan ulama silam tentang konsep negara Islam, mereka bersetuju dengan satu prinsip utama iaitu, undang2 Islam menjadi asas dan dominan di dalamnya.

Cuma yg menjadi perselisihan perbahasan di kalangan mereka utk menentukan bagaimanakah negara Islam boleh bertukar kepada status negara kafir. Sebab itu sepatutnya disedari, bahawa asas teori negara Islam adalah terletak pada aspek kedaulatan Islam dalam sesebuah negara.

Kerana asas inilah yg menjd paksi negara Islam pertama Madinah yg diterima oleh semua org sebagai contoh utama. Kerana model negara Madinah adalah contoh terbaik dan model2 lain sudah mengalami perubahan yg menyebabkan sukar mendapat kata sepakat ulama utk menerimanya.

Sebab itu pengukuran berdasarkan model asal td lebih selamat dlm menentukan asas sebenar bg sesebuah negara Islam. Maka di sini jelas menunujukkan bahawa walaupun ada ruang perbezaan di kalangan ulama silam dalam beberapa perkara berbangkit, namun mereka tetap bersetuju bahwa Islam adalah negara yg berasaskan undang2 Islam (hudud) sebagai undang2 tertinggi dan utama.


Dlm masa 23 tahun pemerintahan Rasullullah, bangsa Arab sudah menjadi empayar.Rom dan Parsi , gergasi besar dunia jatuh. Rasulullah yg ummi boleh memerintah kaum badwi dan para petani menjadi ummat terpuji......tetapi 4 org berkelulusan tinggi tidak dapat memartabatkan bangsa Melayu walaupun 46 tahun negara Islam merdeka.....kerana apa...kerana perjuanagn m,ereka tidak sama.....

Perjuangan Rasullullah bukan memartabatkan bangsa...atau mencari nama untuk umat Arab tetapi utk mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi.......manakala perjuangan pemimpin Malaysia supaya bangsa Melayu menjd terhormat...org pandang kat dunia...supaya melayu tak hilang dunia.....( hilang akidah tak aper)

So renungkan lah semua.....;hisablah sumer.....perjuangan yg kita laungkan selama ini utk aper......mencari nama di dunia....atau mencari redha Allah.....


Bg nafsu......Islam itu susah...jumud....

Bg Iman ......Islam itu Indah.....

Ya Allah pimpinlah hati2 kami dlm mencari redhamu.


Subhanallah...walhamdulillah......Allahuakbar

Wallahhu a`lam....

Siapalah aku...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my