Terkini  Popular    Mula Topik

Rahsia Surah Al-ikhlas

2002-07-17 12:52:00


"Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada isteri
kesayangan baginda, Siti
Aisyah. Antara mafhumnya :


"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah
dulu Al-Quran."
Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu
khatam Al-Quran
sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata
Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w sambil tersenyum lalu menjawab,
"Barangsiapa yang
membaca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur,
seolah-olah ia telah
khatam Al-Quran keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina
Ali r.a., "Siapa
hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak
meninggalkan rumahnya,
ia membaca surah Al-Ikhlas 11x, maka Allah memelihara
rumahnya sampai ia
kembali."

Saidatina Aisyah menerangkan dari Nabi Muhamad s.a.w,
"Siapa membaca
sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah
7x, surah Al-Ikhlas
7x, surah Al-Falaq 7x dan surah An-Naas 7x, maka Allah
akan
melindunginya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat
yang akan datang."

Riwayat dari Saidina Ali r.a : "Siapa membaca Suratul
Ikhlas sebanyak
11x sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan
dapat menggodanya
untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan
sungguh-sungguh
hendak menggoda pada hari itu. "

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : " Surah ini
dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang
siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia
akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat." Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my