Oleh Ros - anak mami tanjung
11-Jul-2002 08:25:16
Memang seronok melihat gelagat gelagat manusia di pagi hari. Bagai burung burung berterbangan mencari rezeki, bagitu juga kita insan yang bergelar manusia....
Duhai para isteri isteri yang duduk di sebelah kiri suamimu didalam kenderaan.... cuba cubalah bawa tersenyum ataupun tunjuk muka manis sedikit ... terhadap suamimu yang tengah driving tu......
Ini tidak.... asyik dok conteng muka dengan raut 14hb... agak tak sempat nak conteng kat rumah..... suami di sebelah menjeling jeling aje....
Ada yang tengah makan nasi lemak sambil bersila panggung memangku bungkusan nasi lemak..... tak sempat kot... kesian kat si suami tu menahan bau nasi lemak yang panas.....
Alahai suami-suami tercinta... cubalah bawa bawa tegur isteri isteri kamu ketika duduk didalam kereta
tu.... walaupun berbaju kurung atau kebaya...biarlah bersopan duduknya... ini idak... "masuk angin"...orang di dalam bas boleh nampak betis-betis isteri kamu.....!!!!!!
kesian suami-suami..... "Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
webmaster@mymasjid.net.my