Terkini  Popular    Mula Topik

Hadis Rasullulah S.a.w

2002-07-02 09:09:07
Oleh
TuKuN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Ada manusia yang bercakap dengan satu kalimah yang diredai oleh Allah s.w.t, di mana tanpa dia sedari bahawa Allah mengangkat darjatnya kerana kalimah tersebut dan ada manusia yang bercakap dengan satu kalimah yang dimurkai oleh Allah, di mana tanpa dia sedari bahawa Allah menjerumuskannya ke dalam neraka kerana kalimah tersebut.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

-----------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Kelebihan mengucapkan kata-kata yang baik di mana ia diibaratkan seperti pokok yang baik, akarnya tetap kukuh, dahan dan rantingnya menjulang tinggi ke langit serta janji Allah untuk mengangkat darjat orang yang selalu mengucapkan kata-kata yang baik di syurga kelak.
2- Kekejian mengucapkan kata-kata yang keji di mana ia diibaratkan seperti pokok yang tidak baik, tumbuh dengan tidak sempurna dan ancaman terhadap orang yang mengucapkannya. 'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my