Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w: Rasulullah s.a.w selalu diserahkan beberapa orang bayi supaya didoakan dengan keberkatan serta mentahnikkan mereka. Sebaik sahaja baginda diserahkan seorang bayi, bayi tersebut kencing di atas baginda. Baginda meminta sedikit air kemudian mencurahnya di atas kencing tersebut tanpa membasuhnya.
Hadis Ummu Qais binti Mihsan r.a: Dia pernah mengunjungi Rasulullah s.a.w dengan membawa anak lelakinya yang belum pernah merasa makanan, kemudian meletakkannya di pangkuan baginda, lalu anak tersebut kencing. Katanya: Baginda hanya memercikkan sedikit air sahaja.
