Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada lagi Fara' dan juga Atirah. Fara' ialah anak unta pertama yang disembelih dan dipersembahkan kepada berhala dengan harapan ibunya lebih banyak lagi melahirkan anak. Manakala Atirah pula ialah kambing yang disembelih pada sepuluh hari pertama dari bulan Rejab. Dalam sebuah riwayat yang lain Ibnu Rafi' menambah dalam riwayat beliau: Fara' ialah anak ternakan yang pertama disembelih oleh tuannya.
