Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Pada ubun-ubun kuda itu terdapat kebaikan sehingga ke Hari Kiamat.
Hadis Urwah Al-Bariqi r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada ubun-ubun kuda itu terdapat kebaikan sehingga ke Hari Kiamat, iaitu pahala dan ghanimah (harta rampasan).
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Keberkatan itu terdapat pada ubun-ubun kuda.