Kenali Musuh Kita Yahudi Bah Vi

01-Aug-2003 17:11

.. masih lagi peringkat kedua sejarah Yahudi ..

Apabila kembalinya angkatan yang mengikuti Musa as ke Tursina, mereka lalu meneruskan perjalanan (pelarian dari Firaun) ke tempat yang dijanjikan Allah iaitu Baitulmaqdis, iaitu bumi Palestin yang kita kenali pada hari ini.

Namun, dalam perjalan mereka dengan pimpinan Musa as, Allah swt telah menahan mereka di padang pasir At-Tih, yang membawa maksud tempat yang membingungkan.

>

Tempat ini diriwayatkan oleh Ibnu Khaldum terletak di lebah negeri Syam dan Mesir di dalam kawasan semenanjung Sinai. Luas kawasan adalah kira-kira 9 fasakh, lebih kurang 30 batu, 48.27 KM.

Lalu seluruh kaum Yahudi di tahan di At-Tih selama 40 tahun. Mereka menjadi sesat dan tidak dapat keluar dari kawasan itu.

Adalah sedia maklum akan kepanasan dan bahang ketika di padang pasir, dan Yahudi telah ditahan di sana hampir seumur Malaysia merdeka. Namun Allah yang Maha Pengasih melindungi mereka dengan meneduhkan mereka di bawah awan ke mana sahaja mereka pergi.

>

Lalu meminta-minta Yahudi kepada Musa akan pertolongan Allah swt. Allah swt yang Maha Pemberi Rezeki telah menurunkan Manna dan Salwa. Manna adalah manisan yang diturunkan secara berterbangan seperti embun pagi di atas pohon kayu sewaktu fajar menyinsing sehingga matahari terbit.
Salwa pula adalah sejenis burung puyuh. Setiap seorang dari mereka hanya dibenarkan menangkap secukupnya sahaja untuk disembelih dan dijadikan makanan hari itu. Kecuali hari Jumaat dibenarkan menangkapnya lebih kerana hari sabtu burung tu tidak turun.

Apabila inginkan air, Musa as telah mengeluarkan 12 mata air dari batu untuk minuman Yahudi, dengan mengetuk tongkatnya ke batu. 12 suku Yahudi mengikut anak-anak Yaakub as.

Namun begitu mereka melanggar larangan Allah swt menyimpan makanan berlebihan dan menyebab ia menjadi busuk. Sesungguh ia adalah perbuatan yang bengong, kata orang Kelantan.

>

Mereka juga pernah meminta dengan Musa as, kerana terlalu jemu memakan Salwa dan Manna >, mereka inginkan makan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, Musa as memarahi mereka dan berkata "Mahukah kamu menukarkan barang yang baik dengan barang yang kurang baik ..". Musa as menyuruh mereka berpatah balik sekiranya tidak mahu.

>

Sememangnya ini adalah antara saat yang paling perik di dalam sejarah awal Yahudi. Mereka terpaksa melalui dugaan ini. Bukanlah mudah untuk menjadikan diri merdeka, mereka melarikan diri dari Firaun dan menuju ke sebuah tempat lain yang bakal dijadikan negara yang merdeka.

Dengan sikap buruk yang masih ada di dalam diri, lalu Allah menahan mereka di padang pasir, 40 tahun. Tujuan utama di sini adalah agar generasi tua atau terdahulu mati dan menunggu generasi baru dengan sikap baru, visi baru, azam baru, kesedaran baru meneruskan perjuangan.

>>

Setelah 40 tahun sesat akhirnya, generasi baru Yahudi telah dibawa keluar dari At-Tih oleh Allah swt dengan pimpinan Nabi Yusyak as, setelah kewafatan Musa as.

.. maka bersambunglah esok .. Yahudi akhirnya sampai ke Baitulmaqdis untuk pertama kali dalam sejarah dunia ....

Rujukan :
Al-Quran, Al-Baqarah 57, 61
Ustaz Hj Ahmad Sonhadji, Tafsir Al-Quran Abral Athir, Singapore, Juz 1

>

p/s : sambung lepas deepavali lak ... hehehe .. pakcik nak balik kampung raya ngan Ranee .. lepas tu nak buat persiapan Ramadhan untuk myMasjid .. bz skettt ..
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my