Sahih Muslim > Kitab Takdir > Bab Erti Sebenar Setiap Anak Dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah Iaitu Suci Bersih Serta Hukum Anak Orang Kafir Dan Anak Orang Islam Yang Meninggal Dunia
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang anak orang-orang Musyrikin. Baginda bersabda: Allah lebih mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan.info
webmaster@mymasjid.net.my