Terjemahan

Hadis Abdullah bin Al-Mughaffal r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Buraidah katanya: Abdullah bin Al-Mughaffal melihat seorang teman lelakinya sedang melastik dengan batu lalu beliau berkata: Jangan melastik dengannya kerana Rasulullah s.a.w tidak suka atau melarang melastik. Alat tersebut tidak boleh digunakan untuk berburu binatang buruan dan tidak boleh mencedera atau membunuh musuh, tetapi ia boleh memecahkan gigi dan mencungkil mata. Kemudian beliau melihatnya masih lagi melastik lalu berkata: Aku ingin beritahu engkau bahawa Rasulullah s.a.w tidak suka atau melarang dari melastik dengannya kemudian jika aku masih melihat kamu melastik, aku tidak akan beritahumu kalimah begini dan begini. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3612

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my