Terjemahan

Hadis Khalid bin Al-Walid r.a:
Sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (Khalid) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti Al-Harith dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin Al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3603

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my