Terjemahan

Hadis Aisyah r.a katanya:
Semasa peperangan Khandak Saad telah mengalami kecederaan kerana dipanah oleh tentera Quraisy yang bernama Ibnu Al-Ariqah. Panahan tersebut terkena pada urat nadinya. Oleh itu Rasulullah s.a.w mendirikan sebuah khemah yang berhampiran dengan masjid untuk memudahkan baginda menziarahinya. Setelah pulang dari Khandak, Rasulullah s.a.w meletakkan senjatanya. Setelah selesai mandi baginda didatangi oleh Jibril yang turut membersihkan kepalanya dari debu. Jibril berkata: Kamu sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kita tidak boleh meletakkan senjata. Keluarlah kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya: Ke mana? Jibril memberikan isyarat ke arah Bani Quraizah. Rasulullah s.a.w lalu memerangi mereka. Kemudian mereka menyerah untuk dihukum oleh Rasulullah s.a.w, tetapi baginda menyerahkan supaya hukuman tersebut diputuskan oleh Saad. Lalu Saad berkata: Sesungguhnya aku memutuskan supaya membunuh mereka yang turut berperang dan menawan anak-anak cucu juga wanita-wanita mereka dan mengagihkan harta benda mereka.. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3315

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my