Terjemahan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Orang-orang Quraizah telah mengarahkan supaya Saad bin Muaz memutuskan hukuman. Lalu Rasulullah s.a.w menghantar utusan kepada Saad supaya datang menghadap baginda. Maka Saad pun menemui Rasulullah s.a.w dengan menunggang seekor keldai. Ketika beliau tiba di pintu masjid, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kaum Ansar: Berdirilah kamu untuk menghormati pemimpin kamu atau orang yang terbaik di antara kamu. Kemudian Nabi s.a.w bersabda kepada Saad: Sesungguhnya mereka semua menyerahkan supaya kamu memutuskan hukuman ke atas mereka. Saad berkata: Kamu bunuhlah orang yang memusuhi kamu serta menawan anak cucu mereka. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jalankanlah hukuman berdasarkan hukum Allah Yang Maha Kuasa. Ibnu Al-Musanna tidak menyebut kalimat Yang Maha Kuasa. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3314

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my