wahai pemilik haiwan ternakan sekalian..

Oleh @rsenal cyber
17-Jan-2006 21:13:15
Assalamualaikum buat warga MM..

Lama tak menulis kat sini.. sibuk sikit. Sunyinya tengok MM ni.. takpelah.. izinkan saya mencelah sikit..

Kalau tengok kat akhbar ruangan forum tu banyak kali saya terjumpa cerita pasal binatang ternakan yang dibiar berkeliaran.. hmm.. kat tempat saya kerja sekarang ni.. tak taulah nak cakap punyalah banyak haiwan-haiwan ini..

Kambing dan lembu terutama.. kehadiran haiwan ini yang tak diundang diatas jalan menyebabkan kerosakan harta benda dan hampir meragut nyawa.. bayangkan penunggang motosikal yang melanggar seekor lembu.. parah jugak jadinya.. dulu marah tu ada tapi tak seteruk sekarang.

Selepas saya sendiri yang kena memang marah sangat. Kereta saya kemek sebab langgar lembu. Memang saya tak duga sebab lembu tu keluar dari celah pokok terus ke atas jalan.. jadi kos repair tu dah tentu kena tanggung sendiri..

Wahai pemilik lembu dan kambing sekelian..
Tak cukup dengan lembu, kambing pun sama.. hari hari terpaksa saya sapu taik kambing depan rumah.. bila malam jer dia buat port kat rumah saya. Puas saya halau sampai 4 pagi pun pernah standby.. bayangkan rumah teres taman didiami kambing depan rumah.. hmm.. terpaksa guna alternatif beli jaring dan lekat kat pintu pagar. Sebelum ni, walaupun pagar bertutup, kambing tu boleh masuk juga melalui celah jeriji besi. Bukan seekor tapi 3 ekor. Satu keluarga bahagia. Bapak, ibu, dan anak kambing. Rasa nak sembelih jer. Goreng pun sodap. binatang ni tak boleh nak disalahkan sebab memang tak ada akal.. tapi yang salah tuan nya.. bila kita marah mula nak bergolok parang nanti..

Wahai pemilik kambing dan lembu sekelian..
Tolonglah ikat ternakan anda.. kalau tak mampu nak jaga.. jangan pelihara.. pelihara ayam dan itik cukup. Kursus boleh mintak dengan makcik salopet.. Boleh ye makcik..

sekian saja luahan malam ni.. jumpa lagi esok..

Andai hidup punca perpisahan biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yg nyata
Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna