WANITA PENGHIBUR SUAMI: suri rumah sepenuh masa
Oleh maliah
09-Sep-2005 21:07:27
09-Sep-2005 21:07:27
Menjadi suri rumah sepenuh masa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dan tidak boleh diperlekehkan kerana ia sungguh mencabar. Cuma ia tidak glamor kerana tifak beruniform cantik dan tidak berpejabat hawa dingin. Walaubagaimanapun, tanggungjawabnya amat besar dan mulia seolah-olah mengatur pemerintahan sebuah negara.
Dialah pentadbir, ahli pendidik, pakar ekonomi, jururawat, tukang masak dan sebagainya. Pendek kata dialah raja, dialah menteri, dialah penyelia dan dia jugalah kuli. Masa bertugas 24 jam sehari semalam tanpa cuti, tanpa gaji, cuti sakit jauh sekali.
Cabaran sebagai seorang suri rumah sepenuh masa bermula sebaik sahaja menempuh alam perkahwinan, segala tanggungjawab rumahtangga tertanggung keatasnya seorang dengan alasan 'kerana dia tak kerja'.
Mengemas, memasak, mencuci dan lain-lain sehari suntuk sampailah kesaat menanti kepulangan suami dari tempat kerja dan melayan suami. Dan para suami gembira dengan layanan baik suami.
Hari-hari berlalu penuh kesabaran, tiada rungutan, tiada ungkitan, tiada keluhan, walaupun terasa badan semakin lemah ......
Kini cabarannya semakin hebat. Dibahu suri rumah sepenuhmasa inilah dipertanggungjawabkan tugas membentuk keunggulan sesebuah keluarga. Mereka dipersalahkan jika anak-anak mengalami kemerosotan dalam bidang pelajaran. Alasannya kerana mereka lebih banyak masa mengajar di rumah. Merekalah orang pertama yang akan dikutuk jika anak-anak dilanda krisis keruntuhan moral. Alasannya kerana mereka dekat dengan anak-anak dan pelbagai lagi kesalahan yang dibebankan ke bahu mereka apabila berlaku sesuatu. Tambahan pula jika suami "memasang lagi satu", mereka dipersalahkan kerana tidak pandai melayan ini dan itu. Adilkah ini?
Celiklah mata wahai wanita penghibur suami, bukalah minda, jauhilah daripada menjadi katak di bawah tempurung. Diperbodohkan dan murung seperti burung dalam sangkar mata terlepas badan menggelepar.
Penuhkan dada kita dengan ilmu dunia dan akhirat. Redalah dengan segala tugas yang kita lakukan itu. Berurusanlah dengan penuh ikhlas, kasih sayang dan selalu berdoa:
"Aku reda dengan Allah sebagai Tuhanku dan Islam sebagai agamaku. Dan Muhammad sebagai nabiku. "
"berhati-hati dengan air tenang... macam-macam bolih terjadi, tetapi dekatilah orang tenang...sebab ada emas untuk digali".

Please login or register to leave a comment.