Malaikat Berdoa Pada Setiap Pagi Untuk Setiap Hamb

Oleh Wan Kasmah Daud
27-Nov-2004 08:27:24
..... & Selamat Pagi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap pagi, dua malaikat datang kepada setiap orang hamba, salah satu di antara mereka berdoa: Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya itu, manakala malaikat yang satu lagi berdoa: Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kedekut."
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan Hadis:
1- Mendorong orang lain supaya membelanjakan harta pada jalan kebaikan.
2- Memberitahu kepada orang yang membelanjakan harta bahawa Allah s.w.t akan menggantikan dengan harta yang lebih baik dari apa yang telah dia belanjakan dan janji Allah adalah benar.


Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna