Bagaimana sifat MUNAAFIQUU-HAADZIHIL-UMMAH (PARA MUNAAFIQUUN UMMAT INI / PARAMUI) ?
Berikut adalah keterangan yg berkaitan....
Telah berkata Hudzaifah Al-Mar'asyiyy roh.a. : Yuusuf bin Asbaat roh.a. telahmenulis kepadaku :
".......DAN KETAHUILAH BAHAWASANYA DARI APA YG TELAH DISIFATKANDENGANNYA PARA MUNAAFIQUUN UMMAT INI (MUI), BAHAWA MEREKA ITU TELAHBER-MUKHOOLATOH (SUKA BERCAMPUR-GAUL)DENGAN AHLI DUNIA DENGAN BADAN- BADANMEREKA. DAN PARA MUI ITU SUKA BER-MUTOOBAQOH (MENYETUJUI DAN BERSEPAKAT, TUNDUKDAN MENGAKUI)AKAN AHLI DUNIA ITU DI ATASNYA DENGAN KEINGINAN2 DAN KEHENDAK2 HAWAMEREKA. DAN PARA MUI ITU MERENDAHKAN DIRI MEREKA LANTARAN BEGITU TAMA' /TOMA'TERHADAP MANA2 INDIVIDU DARI MEREKA YANG TELAH MENCAPAI ( AKAN PERKARA2 DUNIAWI).DAN MEREKA ITU SALING JILAT-MENJILATKAN (BER-MUDAAHANAH) ATAU SALING MENGAMBILMUKA (BER-TAMLIIQ)DARI SEGI PERKATAAN (PERCAKAPAN) DAN JUGA DARI SEGI PERBUATANDAN TINGKAH LAKU. DAN LANTARAN ITU MENJADI ASYIRUN-WA- BATIRUN LAH PERKATAANMEREKA, DAN MENJADI PAHIT DAN JELEKLAH PERBUATAN ATAU TINGKAHLAKU MEREKA. MEREKAITU TELAH MENINGGALKAN BAATINAL-'AMALI ('AMALAN2 YANG BAATIIN)DENGAN SOHIIH,MAKA LANTARAN ITU ALLOOH SWT TELAH MENGHARAMKAN (MENEGAHKAN) MEREKA DRPMENDAPATKAN HARGA/NILAI YG PENUH DGN KEUNTUNGAN....".
Begitulah terjemahan kasar, dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al- 'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, muka surat 264.Kpdyg bisa berbahasa 'Arab, adalah diharapkan dapat meruju' terus kpd matannya ygasal dan perbaikikan terjemahan kasar di atas.
Antara kesimpulan / pengajaran / huraian /i'tibaar yg dapat diambil :
[1]Para munaafiquun ummat ini (MUI) memang ada, malah ramai sekali.
[2]Para MUI ini memang sangat suka bergaul mesra dengan ahli2 dunia. Malahmereka sering menjadi khulatoo` (kawan2/sahabat2 baik) kepada golongan itu.
[3]Dalam pergaulan, bukan nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan yg hendakdiberikan kpd ahli2 dunia itu, malah para MUI itu sentiasa mengelak daripadamelawan atau membelakangi aliran kehidupan ahli2 dunia itu. Malah para MUI itusentiasa bersetuju (walau pun diatas jalan nyg salah)dan bersepakati dgn ahli2dunia itu. Dan yang terlebih parah lagi, mereka sanggup mengambil muka dansaling jilat menjilat, ampu mengampu, demi ingin mendapatkan kepentingan duniawidan peribadi.
[4] Apa saja yg telah dicapai oleh mana2 individu drp ahli dunia (iaitupencapaian kebendaan dan keduniaan)itu, maka para MUI itu juga merasa penuh tama'dan ingin mencapainya juga, sehingga sanggup merendahkan diri dalam mencapaiperkara2 itu.
[5]Sebagai kesan drp sifat2 itu, maka menjadi asyirun-wa-batirun lahperkataan2 atau percakapan2 mereka dan menjadi jelek dan kotorlah 'amalan2 danperbuatan2 mereka.
[6]Ternyata mereka tidak lagi berusha atas BAATINAL-'AMAL ('amalan2 yg batin)yg penuh dgn kesempurnaan dan pengertian, tetapi sekadar bermuka2 denganZOOHIRAL-'AMAL ('amal yg zohir) sahaja dan itu pun dilakukan secara lebihkurangdan cincai sahaja, tidak benar2 menghayati akan tuntutan 'amalan2 itu dari segizohir dan batin. Katakan 'amalan SOLAT, mereka hanya memadai bersolatbegitu-gitu sahaja, tidak benar2 mahu menghayati tuntutan solat itu zohir danbatin. Pokoknya, bila sudah berdiri, ruku', sujud dan sebagainya sudah ! Tidakada usha untuk mempastikan bahawa setiap 'amalan (mithalnya setiap rukun2 dalamsolat itu) sah dan betul serta penuh penghayatan.
[7] Lantaran kedegilan dan keengganan mereka untuk berusha di atasbaatinal-'amal ('amal2 yg batin), maka rosaklah dan hancurlah segala 'amalanmereka, menjadi debu berterbangan, dan tidak mendapatkan ganjaran dan keuntungandi sisi Allooh swt. Semoga Allooh swt menyelamatkan kita daripada termasukgolongan yg sebegitu .
[8] Suatu persoalan yang penting : APAKAH KITA JUGA TERMASUK SALAH SEORANGDARIPADA GOLONGAN PARA MUI ITU ? Apa kata antum yg budiman ?
[9] Yuusuf bin Asbaat roh.a. telah MENULIS SURAT / RISAALAH menasihati akanHudzaifah Al-Mar'asyiyy roh.a. Begitulah bagusnya perhubungan antara muslimsesama muslim. Nasihat dijadikan sebagai asas dalam perhubungan.Malah agama itusendiri adalah nasiihah/nasihat. Lantaran itu, marilah kita suburkan ushanasihat ini, sama ada SECARA REAL BERDEPAN atau pun SECARA MENULIS SURAT kepadakawan2 kita. Dan sewajibnyalah kita pula bersyukur bila menerima surat ygmengandungi nasihat dan tunjuk ajar (walau pun surat layang). Antara ciri kawanyg sebenar adalah dia yg sentiasa suka memberikan nasihat kpd kita.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.
MUFRODAAT :
[1] ASYIRUN-WA-BATIRUN adalah sama kira2 pengertiaannya dgn ASYIRO-WA- BATIROdalam RF 270 yg lalu. Cuma ASYIRUN-WA-BATIRUN adalah dalam bentuk katanamasementara ASYIRO-WA-BATIRO adalah dalam bentuk katakerja.
[2] DAAHANA, MALLAQO : mengambil muka, menjilat.
[3] MUDAAHANAH, TAMLIIQ: penjilatan, hal mengambil muka.
[4] KHOLIIT, MUKHOOLIT : kawan, sahabat karib. Kj: KHULUT, KHULATOO`.
[5] MUKHOOLATOH : pergaulan.


