Doa Meredakan Kemarahan

Oleh liya*liya, 12-Nov-2002 08:08:40
Assalammualaikum wbh.

Ada beberapa cara yang perlu kita ambil apabila kita berhadapan dengan orang yang panas baran atau pemarah.
1. Kita perlu lakukan dengan penuh kesabaran dan menegur secara berhikmah
dan bukan dengan amarah juga.
2. Jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai,
gunakan orang tengah sebagai jalan penyelesaian. Orang tengah yang
dipilih itu mestilah boleh dipercayai, adil, dihormati masyarakat atau
suami serta yakin dengan cara penyampaian orang tengah itu adalah betul
dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkankita nanti.
3. Di samping itu berdoa kepada Illahi dengan penuh kesabaran dan tanpa
rasa jemu agar suami kita menjadi tenang hatinya, insyaallah. Bacalah
surah Ali-Imran, ayat 83 di bawah ini:

Maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya,
menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan
terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan."
Ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak
digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau
ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Insyaallah,
berkat doa dan air itu akan lembut hatinya.

Untuk meredakan api amarah, amalkan membaca surah Toha ayat satu hingga
enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya
sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insyaallah, akan lembut hatinya.

Maksudnya: "Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini
supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut
(kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana.
Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di
antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."
Wassalam
~~~may Allah bless us~~~
Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna

Audio/Video Kuliah Terkini