Abuu Sulaimaan Ad-Daarooniyy roh.a. telah berkata (mafhuumnya) ;
BAGI AHLI AT-TO'AT (ORANG2 YG MENTO'ATI ALLOOH SWT)ITU PADA MALAM HARI MEREKAADALAH LEBIH LADZAT DARIPADA AHLI Al-LAHW (AHLI2 HIBURAN /ORANG2 YGBERMAIN-MAIN)DENGAN HIBURAN ATAU PERMAINAN MEREKA . DAN KALAULAH TIDAK (KERANAADANYA) MALAM HARI MAKA AKU TIDAK GEMAR (TIDAK SUKA) LAGI UNTUK TINGGAL (BAKI2)DI DUNIA INI .
Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman228.
Begitulah haqiqatnya.....bagi orang yg dekat dgn Allooh swt, malam hariadalah peluang yg sebesar2nya untuk bertaqorrub dgn Allooh swt.
Sehubungan dgn keterangan Abuu Sulaimaan roh.a. diatas mari kita segarkankembali kisah Sayyidinaa 'Umar bin Al-Khottoob r.a. dalam RF 258 yg lalu (berikutadalah petikannya) ;
Dan demikian jugalah dengan `Umar bin Al-Khottoob r.a., tidak ada baginyasuatu waktu untuk tidur padanya. Maka adalah beliau (iaitu `Umar r.a.) mengantuk(tersengguk2)walhal beliau r.a. berkeadaan sedang duduk.
Maka dikatakan/ditanyakan kepada beliau r.a. : Wahai Amiirol- Mu`miniin,tidakkah tuan tidur ?
Jawab beliau r.a. (mafhuumnya) : Bagaimana aku bisa tidur ? Andaikata akutelah tidur pada siang hari (maka ini berma'na) aku telah merosakkan (mengabaikan)akan urusan2 para muslimiin !! Dan andaikata aku telah tidur pada malam hari (makaini berma'na) aku telah merosakkan (mengabaikan) akan keuntunganku (kebahagiaanyg akan ku perolehi) daripada Allaah `Azza wa Jalla !!
Sebenarnya fikroh dan kefahaman orang2 dahulu drp peringkat para Sahabat r.a.serta para taabi'iin /taabi'ut-taabi'iin adalah selari jika kita mengkajinyasecara halus....
Cuma fikroh dan kefahaman kita sahaja yg telah jauh menyimpang...... Lantaranitu 'amalan2 kita lebih jauh lagi menyimpang !.
Ketagihan ahli2 hiburan dgn hiburan mereka adalah ketara sekali. Perhatikanpara penyanyi dgn alam nyanyian2 mereka ... Malah (sebagai contoh) keterselahanbagi sebahagian orang2 Melayu dalam meminati (merasa keladzatan) dgnfilem2/lagu2 Bollywood adalah nyata sekali.Tapi bagi ahli2 to'at keladzatanmereka adalah dalam bertaqorrub dgn Allooh swt (lebih2 lagilah di malam2 hari),dan sebenarnya mereka merasa jauh terlebih ladzat lagi....itulah yg telahdigambarkan oleh Abuu Sulaimaan roh.a. diatas.
Apakah kita juga merasa ladzat bila tiba malam hari ? Atau cuma kita bersediauntuk menonton TV dan terus tidur hingga ke pagi ? Dan itulah routine 'amalanmalam kita ? Atau bagaimana ? Apa kata antum ?
Walloohu A'lam Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikum wrb.,Alfaqiiru ilallooh.
MUFRODAAT :
[1] LAHW : hiburan.
[2] AMAAKIN AL-LAHW : tempat2 hiburan.


