Risalah Fikir (278) Ta'biirul Manaam (23)

Oleh Ustaz Jalil, 29-Jul-2002 02:51:27

Salinan surat drp Si Penanya dalam RF 268 yg lalu disalinkan semula dibawahini :

[[assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya pernah terima email dari anda kalau tidak salah mengenai penafsiranmimpi tentang pakaian... yang saya tanyakan baimana jika sesorang mimpi 1.mendapatkan ikan ? 2. melihat kotoran ?

Wassalam]]-------------------------------------------------------------------

Tentang mimpi melihat kotoran telah pun ana terjemahkan dalam RF 268 tersebut.Tentang mimpi melihat ikan (mendapatkan ikan) akan ana terjemahkan secara kasarsekarang ini insyaAllooh. Mohon ma'af kepada penanya lantaran keterlewatan ini.

IKAN (SAMAK) : Di dalam tidur (dalam mimpi) bila diketahui akan bilangannya (ya'niibilangan ikan2 itu) maka ini menunjukkan nisaa` (perempuan/wanita), danseandainya tidak mengetahui akan bilangan2nya walhal banyak pula jumlahnya makaini menggambarkan harta jarahan (maal maghnam).

Dan barangsiapa melihat (dalam mimpinya)di dasar lautan atau sungai (atau didalam lautan atau sungai) akan ikan yg segar dan subur serta besar-besar ygberkumpul (ya'nii kumpulan ikan2 yg segar2 lagi besar2), dan dia melihat bahawadia sedang mengeluarkannya sebanyak yg ia suka, atau (dia melihat) bahawa diamemakannya (sebanyak yg ia suka), atau (dia melihat) bahawa dia membahagi2kannya(sebanyak yg ia suka juga), maka sesungguhnya ini menggambarkan bahawa dia akanmemperolehi harta ghonaa-im yg banyak sekali mengikut kadar banyaknya diamengeluarkan ikan2 tadi, dan dia membelanjakannya (harta itu) kepada apa yangtelah ia habiskannya kepadanya di dalam mimpinya itu daripada makannya ataupembahagiannya atau penyetorannya (storage-nya) tersebut.

Dan ikan huut (ikan paus) di dalam mimpi menunjukkan waziirul-malik (menteri,waziir,pembantu bagi raja / pemerintah /kerajaan) kerana lautan itu adalah suaturaja/pemerintah/malik).

Dan seandainya dia telah melihat di dalam mimpinya bahawa dia sedangmenangkap ikan di dalam air, maka sesungguhnya ini menunjukkan bahawa dia (akan)mendengar kalaam/percakapan/berita yg menggembirakannya dengannya.

Dan barangsiapa melihat dalam mimpinya bahawa dia sedang berburu (menangkap)ikan yang besar, maka ini menunjukkan di atas suatu manfa'at dan suatu kebaikan.

Dan barangsiapa melihat dlm mimpinya bhw dia berburu (menangkap) ikan ygkecil sahaja, maka ini menunjukkan di atas perginya (hilangnya) akan keladzatandan manfa'at.

[Dan ikan yg lembut/lembek/lunak/halus lagi banyak bersisik (didalammimpi)merupakan penunjuk kebaikan bagi orang yg mahu melakukan.... Perhatian:Pada bahagian ini agar sukar bagi ana untuk menterjemahkannya. Diharapkan kpd ygbisa berbahasa 'Arab, tolong meruju' kpd kitab berkenaan dan menterjemahkannya.Ana mohon ma'af kpd yg bertanya di atas kelemahan ana ini].

Dan ikan yang dipanggil (diberi nama) sebagai buniyy ( iaitu sejenisikan)(jika dilihat di dalam mimipi) adalah merupakan penunjuk kebaikan bagimereka yang ingin mengahwinkan (melakukan tazwiij) dan bagi mereka yang inginmelakukan perkongsian dgn orang lain.

Dan ikan yg tidak bersisik (jika dilihat di dalam mimpi) dan apa2 ikan ygdikira sejenis dengannya lagi panjang, menunjukkan di atas 'amalan2 yang baatil, lagi menyusahkan / melelahkan serta mengesalkan, dan juga menggambarkan suatuharapan yg tidak bisa disempurnakan, kerana (ikan yg licin tidak bersisik itu)akan tergelincir (terlepas) daripada tangan2 .

Dan ikan yang berada di matair-matair ('uyuun)(di dalam mimpi) merupakanpenunjuk kebaikan dan kemudahan / kegampangan.

[BERSAMBUNG.....]

Begitulah terjemahan kasar drp Ta'tiirul-Anaam Fii Ta'biiril-Manaam, halaman219. Kpd yg bisa berbahasa 'Arab, sila ruju' kitab berkenaan dan tolongperbaikikan akan terjemahan di atas].

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaiukumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] MANFA'AT : manfa'at, guna, faedah, keuntungan, kj: MANAAFI'.

Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna

Audio/Video Kuliah Terkini